skbr-pss.zoom-a.com

PORTAL RASMI
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB
E-mel : skbr-pss@zoom-a.com      Tel: 09-3551585    Fax: 09-3556761
| LAMAN UTAMA | SERACIK PINANG GURU BESAR | SEKAPUR SIRIH GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN & MEDIA | KECEMERLANGAN PSS | PENCAPAIAN PENARAFAN PSS BERDASARKAN IQ-PSS | AJK PSS | PENGAWAS PSS | PUSAT SUMBER | TAKWIM PSS | REKOD BACAAN GURU (PENCAPAIAN) | PENCAPAIAN NILAM | TOKOH NILAM | AKTIVITI BERGAMBAR PSS | BULETIN SINAR ON-LINE | KOLEKSI BUKU BARU | SUDUT KURIKULUM | SUDUT ILMU | PAUTAN | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | BUKU PELAWAT |


Glitter Text @ Glitterfy.com

Pn Norhasimah Mohamed

Salam sejahtera.

Terima kasih kerana melayari laman sesawang Pusat Sumber SK Bandar Raub. Semoga perkongsian idea di alam maya ini mampu merapatkan hubungan dan mewujudkan perkongsian ilmu antara rakan-rakan pentadbir sekalian. 

Peranan Pusat Sumber dalam memastikan kecemerlangan sekolah memang tidak dinafikan. Pelbagai program yang dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan pastinya mendatangkan manfaat yang besar kepada murid-murid. Justeru itu, peranan Jawatankuasa Pusat Sumber sangat penting bagi memastikan Pusat Sumber sebagai gedung informasi di sekolah.

Tahniah dan setinggi penghargaan kepada En. Ishak Hassan sebagai Guru Perpusatakaan dan Media yang dapat memainkan peranan penting dalam memastikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Raub terus cemerlang. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru-guru yang sanggup bekerjasama dan memberi komitmen yang sangat baik dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti yang dirancang.

Akhir kata marilah kita bulatkan tekad untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan satu hari nanti kita mampu meraih kemenangan di peringkat kebangsaan. Saya percaya dengan azam yang kuat dan bekerja dalam satu kumpulan yang padu kita mampu meneruskan kecemerlangan. Teruskan perjuangan tanpa jemu. SKBR Boleh!



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: