skbr-pss.zoom-a.com

PORTAL RASMI
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB
E-mel : skbr-pss@zoom-a.com      Tel: 09-3551585    Fax: 09-3556761
| LAMAN UTAMA | SERACIK PINANG GURU BESAR | SEKAPUR SIRIH GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN & MEDIA | KECEMERLANGAN PSS | PENCAPAIAN PENARAFAN PSS BERDASARKAN IQ-PSS | AJK PSS | PENGAWAS PSS | PUSAT SUMBER | TAKWIM PSS | REKOD BACAAN GURU (PENCAPAIAN) | PENCAPAIAN NILAM | TOKOH NILAM | AKTIVITI BERGAMBAR PSS | BULETIN SINAR ON-LINE | KOLEKSI BUKU BARU | SUDUT KURIKULUM | SUDUT ILMU | PAUTAN | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | BUKU PELAWAT |

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

ANUGERAH TOKOH NILAM 2014

NOV 2014-Muhammad Alif Haikal bin Rosli telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM SKBR 2014.Kecemerlangan beliau menjadi Tokoh NILAM BM Daerah Raub 2014 dan mendapat tempat ketiga di peringkat negeri Pahang 2014 melayakkan beliau merangkul anugerah tersebut. Manakala Muhammad Aimie Hafizie bin Ezani telah merangkul Anugerah Khas apabila menjadi Tokoh NILAM BI peringkat daerah Raub dan mendapat tempat keempat Anugerah Tokoh NILAM peringkat negeri Pahang 2014. Murid-murid tahun enam yang mendapat anugerah gangsa, perak, emas dan Nilam turut menerima sijil penghargaan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan dan NILAM 2014.

SKBR CEMERLANG MERANGKUL TIGA ANUGERAH

28-30 OKT 2014-SK Bandar Raub cemerlang apabila meraih tiga anugerah sempena Seminar &  Anugerah Kecemerlangan Pembestarian Pendidikan di BTPN Pahang. Anugerah yang dirangkul ialah Johan Makmal Komputer Cemerlang Ng Pahang, Naib Johan Pusat Akses Cemerlang Ng Pahang dan Saguhati keempat Pusat Sumber Cemerlang Ng Pahang 2014. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Pn Wan Maimunah. Sekolah diwakili oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, En Ishak Hassan (GPM) dan En Mohd Azri Mat Jusoh (Penyelaras Bestari).

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFOM PERINGKAT SEKOLAH 2014

17-19hb Okt 2014-Seramai 110 ahli Unit Beruniform Sekolah (TKRS, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam) telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2014 bertempat di padang sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti mendirikan khemah, membuat gajet, pemeriksaan khemah, senaman Malaysia Cergas, Tracking, pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan pertolongan cemas, pertandingan memasak, kraftangan, kompas dan pandu arah dan pertandingan kawad. Kem Komandan ialah En Khairul anuar dan dibantu oleh En Hafiz. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK 1 Pn Norhayati Awang.

 PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014

23-26HB Sept 2014- Muhammad Alif Haikal b Rosli dan Muhammad Aimie Hafizie b Ezani telah mengharumkan nama sekolah apabila merangkul Tempat Ketiga Kategori Bahasa Melayu dan Saguhati Keempat Kategori Bahasa Inggeris dalam Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Nilam 2014 bertempat di BTPN Pahang. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang. Guru Pembimbing En Ishak Hassan dan Puan Wan Faezah Abu Bakar.

KARNIVAL PUSAT SUMBER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2014 PERINGKAT KEBANGSAAN

18-20hb Mac 2014-Dua orang murid tahun 5 Kreatif telah menyertai Karnival Pusat Sumber & Teknologi Maklumat 2014 Peringkat Kebangsaan bertempat di BTPN Pahang. Karnival yang dianjurkan oleh SK Seri Biram, Pekan telah berlangsung dari 18-20hb Mac 2014. SK Bandar Raub telah diwakili oleh Puteri Nursuzielah Mohd Shahril yang meraih anugerah Perak (Resensi Buku) dan Norisma Zakirah Abd Jamal meraih anugerah Gangsa (Eksplorasi Buku). Guru pembimbing ialah En Ishak Hassan dan Puan Hasmida Ismail.

 PELANCARAN JOM KE PSS & PROGRAM NILAM 2014

24hb Feb 2014: Dalam usaha untuk menyemai minat membaca dan menarik minat murid dan guru ke pusat sumber, Pusat Sumber sekolah dengan kerjasama Perpustakaan awam Daerah Raub telah mengadakan Majlis Pelancaran “Jom ke PSS & Program Nilam” yang telah di adakan di dewan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Norizan bt Abdullah (Ketua Perpustakaan awam Daerah Raub).

Dalam ucapannya Pn Norizan telah menekankan pentingnya membaca dan mempelawa semua warga sekolah menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Raub. Selepas ucapan perasmian, beliau telah menyampaikan sumbangan buku kepada pusat sumber yang diterima oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed dan menyampaikan kad pss 2014 kepada Ketua Pengawas PSS Mohd Syakir Aiman Paisol.

Beliau bersama pembantu PADR juga turut mengadakan aktiviti kuiz dengan mengemukakan 10 soalan kepada murid dan turut menyumbang hadiah kepada pemenang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Pn Norizan oleh Guru Besar dan sesi bergambar.

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER

22hb Feb 2014-Seramai 14 orang Pengawas Pusat Sumber (Tahun 3 hingga 5 ) telah menghadiri Kursus Pengawas Pusat Sumber pada 22.2.14 bertempat di Bilik Gerakan SK Bandar Raub. Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan dengan kemahiran pusat sumber serta mengenai tugasan mereka. Antara bengkel yang diadakan ialah bengkel peranan dan tugas Pengawas PSS, bengkel memproses bahan buku dan bukan buku, penjilidan dan automasi.

Penceramah bagi bengkel tersebut ialah En Ishak Hassan (GC GPM) dan Pn Nursyuhada Mat Ti (Unit Perpustakaan). Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar) telah meyampaikan sijil kepada peserta kursus dan peserta terbaik iaitu Wan Nur Hakim Wan Ahmad.

PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PSS 2014

20hb Jan 2014- Seramai 29 orang Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikah lantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Watikah lantikan telah disempurnakan oleh YDP PIBG En Khairul Anuar Noordin bertempat di dewan SK Bandar Raub.Setelah menerima watikah, Ketua Pengawas PSS Muhd Syakir Aiman mengetuai pengawas lain membaca ikrar tugas.

 



PRASEKOLAH MERAIH ANUGERAH PRASEKOLAH TERBILANG PERING. NG PAHANG 013
19hb Nov 2013-Prasekolah SKBR telah berjaya meraih Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang 2013 yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Raub. Anugerah telah disampaikan oleh PPD Raub En Sudar b Kiman kepada Guru Besar SK Bandar Raub Pn Nurhasimah Mohamed.
 
ANUGERAH KECEMERLANGAN NILAM
14hb Nov 2013- Adik Mohd Harith Zafran bin Azman telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2013 sempena Hari Kecemerlangan SKBR 2013.Beliau telah menerima sebuah piala, sijil dan hadiah khas sebuah tab. Majlis yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG En Mohd Khairul Azman Nordin di dewan sekolah. Seramai 9 murid telah menerima anugerah Murid Paling Aktif Meminjam Buku (Feb-Okt), 27 murid menerima Anugerah NIlam (Pencapaian Jauhari) dan penyampaian sijil Pencapaian Jauhari kepada murid tahun enam. Adik Tn Mohd Isma Hafizzuddin telah dinobatkan sebagai Tokoh ICT 2013.


13 MURID CEMERLANG 5A UPSR 2013
14hb Nov 2013-Seramai 13 orang murid telah berjaya meraih 5A  manakala 4A1B juga seramai 13 orangdalam UPSR 2012. Pencapaian llulus keseluruhan 95 peratus. GPS 1.53. Bhasa Melayu Penulisan dan Pemahaman lulus cemerlang 100 peratus. Bahasa Inggeris 96.8 peratus manakala Matematik dan Sains 98.4 peratus.


SKBR MERAIH PELBAGAI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAERAH 2013
14hb Nov 2013-SK Bandar Raub telah meraih pelbagai anugerah kecemerlangan kokurikulum peringkat daerah Raub 2013. Antara anugerah yang diraih ialah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Lelaki) adik Tn Mohd Isma Hafizzuddin Tn Ismail, Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan) adik Annur Auni Farisya Mazli, Naib Johan Guru Pemimpin Cemerlang Kokurikulum Pn Nursyuhada Hazma, tempat ketiga Guru Pemimpin Cemerlang Kokurikulum Pn Rosfaizah Osman, Naib Johan Pengurusan Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah, Datin Ho Swee Nget, Naib Johan Badan Unit Beruniform Cemerlang (TKRS), Johan Kelab dan Persatuan Cemerlang (Persatuan Bahasa Melayu) dan tempat ketiga Sekolah Cemerlang Koko kategori Sekolah Rendah Bandar.


JAMUAN AKHIR TAHUN DI REST HOUSE BENTONG
11hb Nov 2013-Sempena akhir tahun KKGP telah mengadakan jamuan akhir tahun di Rest House Bentong yang dihadiri oleh guru, kakitangan sokongan dan ahli keluarga.Antara acara pada malam tersebut ialah ucapan guru besar dan pertukaran hadiah antara ahli KKGP.


PENYAMPAIAN SIJIL CYBERSAFE IN SCHOOL
11hb Nov 2013-Seramai 100 orang murid terdiri dari tahun 4 dan 5 yang telah menamatkan kursus Cybersafe In School yang telah dikendalikan oleh Pusat Sumber sekolah (telah diadakan pada 28hb Okt-31hb Okt) telah menerima sijil penyertaaan dan cenderamata daripada Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SKBR. Kursus ini adalah dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan Digi.


MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH
8hb Nov 2013-Seramai 68 orang murid prasekolah telah menempuh saat bersejarah apabila diraikan di Majlis Graduasi Prasekolah di dewan sekolah. Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh En Sudar b Kiman Pegawai Pendidikan Daerah Raub. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena majlis tersebut antaranya ialah bacaan surah-surah pendek, nasyid I'am A Muslim, ucapan Guru Besar, Ucapan PPD, tayangan multimedia serta penyampaian sijil dan hadiah bagi anugerah yang disediakan seperti kedatangan terbaik, akhlak terpuji, murid berpotensi, pencapaian terbaik, anugerah Nilam dan anugerah kokuria.Kemuncak acara ialah perarakan masuk murid prasekolah dan penyampaian skrol kepada murid prasekolah oleh Tuan PPD. Adik Nur Insyirah Abd Rahman telah dipilih sebagai Tokoh Murid Prasekolah 2013.
Selepas rehat majlis diserikan lagi dengan acara menarik sepertipersembahan gerak tari 1 Malaysia, bercerita, mendeklamasikan sajak, animal show, tarian dan pertandingan pakaian seragam.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013
7hb NOv 2013-Unit Agama Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan seramai 22 orang murid. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SKBR. Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya ialah perarakan masuk peserta khatam, persembahan murid seperti hiwar, dan sebagainya. Peserta khatam telah dipimpin oleh Ustaz Sahadan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada peserta oleh Guru Besar.


JARINGAN ANTARABANGSA DI THAILAND
3hb Nov 2013-SKBR juga turut mengadakan jaringan peringkat antarabangsa dengan mengadakan lawatan kerja ke dua buah sekolah di Songkla, Thailand iaitu Banbangfab School dan Daycare Nursery Development Centre bagi menimba ilmu dan pengalaman baru sebagai inovasi yang berguna apabila kembali ke sekolah. Rombongan telah diketuai oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub.


LAWATAN KE SRK SERI INDERA PERLIS
2hb Nov 2013- SKBR yang diketuai oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah mengadakan jalinan dengan SRK Seri Indera, Perlis yang merupakan salah sebuah sekolah SBT. Tujuan penanda aras ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman bagaimana sekolah tersebut mencapai kecemerlangan sehingga menerima pengiktirafan SBT.


CERAMAH MOTIVASI KEARAH KECEMERLANGAN 5A UPSR
30hb Okt 2013- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan ceramah motivasi untuk murid-murid tahun empat dan lima yang bertajuk Kearah Kecemerlangan 5A UPSR. Ceramah telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari Pusat Motivasi Elit iaitu Dr. Khairul dan Cikgu Shahabudin.


 BENGKEL CYBERSAFE IN SCHOOL
29hb Okt 2013- Seramai 100 orang murid tahun empat dan lima telah mengikuti Bengkel Cybersafe in School pada 29, 30 dan 31hb Oktober 2013. Bengkel telah dikendalikan oleh GPM En Ishak Hassan. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi panduan kepada murid mengenai keselamatan semasa melayari internet supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak diingini. Murid juga telah menjawab ujian pretest dan postest secara online sebelum dan selepas taklimat bengkel. Selepas menghadiri bengkel ini semua murid telah menerima sijil penyertaaan dan cenderamata sumbangan Digi.


SKBR JOHAN ANUGERAH PUSAT AKSES NG PAHANG 2013
22hb Okt 2013- Sempena Karnival Teknologi Pendidikan Negeri Pahang 2013 bertempat di BTPN Pahang, Pusat Akses sekolah telah meraih Anugerah Johan Pusat Akses Cemerlang Ng Pahang 2013 buat kali kedua, selepas meraih Johan pada 2011.Kejayaan ini mengubat kekecewaan PSS yang tidak dapat menaiki podium dalam anugerah pss cemerlang 2013. Guru Perpustakaan dan Media En Ishak Hassan telah menerima hadiah daripada Tn Hj Dahlan mewakili Pengarah BTPN KPM


TAKLIMAT CYBERSAFE IN SCHOOL
17hb Okt 2013-Pusat Sumber dengan kerjasama Pusat Akses telah mengadakan Taklimat Cybersafe in School (Panduan Penggunaan Internet Secara Selamat) yang telah disampaikan oleh En Ishak Hassan Guru Perpustakaan dan Media. Dalam taklimatnya guru telah didedahkan dengan maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan ketika melayari internet terutama bagi mengelakan diri dari digodam penjenayah cyber.


SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SKBR 2013
10hb Okt 2013-SK Bandar Raub telah mengadakan Sukan Tahunan Prasekolah 2013 bertempat di padang sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub.Pelbagai acara sukan yang melibatkan murid, guru, ibu bapa dan PPM telah diadakan bermula jam 8.30 pagi. Rumah Unggu telah muncul sebagai Johan dengan mengumpul 76 mata.Olahragawan telah dirangkul oleh adik Lokman manakala Olahragawati telah disandang oleh adik Lia Zafira.


CERAMAH KESALAHAN JENAYAH DAN PENDIDIKAN SEKSUAL KANAK-KANAK
9hb Okt 2013- Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pusat Sumber dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan ceramah bertajuk Kesalahan Jenayah dan Pendidikan Seksual Kanak-kanak.Penceramah jemputan Inspektor Anthony Vivian dan Inspektor Paramjit Kaur dari Balai Polis Daerah Raub telah menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 4 hingga 6.


ANUGERAH GURU INOVATIF NG PAHANG 2014
3hb Okt 2013-Bertempat di BTPN Pahang dua orang guru SKBR telah meraih Anugerah Saguhati Guru Inovatif Ng Pahang 2014 Kategori Berkumpulan. Mereka ialah Pn Noriza dan Pn Hasmida Ismail.


MAJLIS KENDURI PERDANA BERSAMA PIBG
1hb Okt 2013- Sempena dengan Anugerah New Deal yang diterima, pihak sekolah bersama PIBG telah mengadakan Kenduri Kesyukuran diatas anugerah tersebut. Persiapan menyiapkan kenduru telah dilaksanakan bersama guru-guru, ibu bapa, staf sokongan dan murid-murid sejak awal pagi lagi. Menjelang jam 12.35 tengahari para tetamu serta warga sekolah telah menikmati jamuan yang telah disiapkan.


MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2013
17hb Sept- Unit Sambutan Kemerdekaan dan Pusat Sumber telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di dean sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub.Sempena dengan majlis tersebut, telah diadakan pertandingan pakaian patriotik dan pertandingan lagu patriotik disamping penyampaian hadiah bagi aktiviti yang telah dilangsungkan sebelum ini seperti pertandingan kelas paling patriotik, pertandingan mewarna, kuiz, pertandingan topi kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan sebagainya..


BENGKEL KDD PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
12hb Sept- Seramai 44 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) seluruh negeri Pahang telah mengikuti Bengkel Kuntum Dalam Darjah (KDD) anjuran BTPN Pahang bersama The Stars bertempat di BTPN Pahang. Fasilitator KDD Pn Norafizah telah menyampaiakan taklimat dan panduan bagi melaksanakan bengkel KDD. En Ishak Hassan telah mewakili SK Bandar Raub.


PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
10hb-13hb Sept- Adik Mohad Harith Zafran Azman telah mewakili daerah Raub ke Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Pahang 2013 bertempat di BTPN Pahang dari 10-13hb Sept 2013. Sepanjang di sana para peserta telah menjalani ujian lisan dan bertulis disamping aktiviti membuat buku skrap bermaklumat dan lawatan ke Muzium Abu Bakar Pekan.Walaupun gagal melayakan diri ke pusingan akhir tetapi Harith tetap membanggakan sekolah apabila mendapat tempat ke3 dalam pertandingan buku skrap bermaklumat.


GOTONG-ROYONG PERDANA 'TAMAN HERBA'
7hb Sept- Sempena mewujudkan etos sekolah, pihak sekolah dan pusat sumber telah mengadakan gotong-royong memantapkan sudut Taman Herba. Gotong-royong yang bermula jam 8.30 pagi telah dihadiri oleh guru-guru staf sokongan, ahli PIBG dan murid-murid sekolah dengan melakukan pelbagai kerja seperti menanam pokok herba, mengecat tayar, melebel, menggali dan mengisi tanah dalam pasu, polibeg, membuat laluan dan membina bangsal..


MAJLIS RESTU ILMU 2013
5hb Sept- Detik menjelang UPSR pada Selasa 10hb Sept, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu bertempat di dewan sekolah. Majlis diserikan dengan ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, ucapan Ketua Murid, penyampaian cenderahati kepada semua murid tahun enam dan bersalam-salaman dengan semua guru sebagai simbolik memohon restu guru.

JOHAN MENGARANG PANTUN PERINGKAT DAERAH 2013
5hb Sept- Adik Fakhirah Moin dari 6 Kreatif telah muncul sebagai pemenang mengarang pantun sempena Hari Kemerdekaan ke 56 anjuran Pejabat Pendidikan Raub.


PEMANTAUAN PUSAT SUMBER PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
4hb Sept- Dua orang pegawai BTPN Pahang En Muhamad b Md Lihim dan En Razali b Umor telah memantau pusat sumber sempena dengan pertandingan PERPUSPA 2013. Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah memberi taklimat berkaitan pss.


PEMATAUAN PuAS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
3hb Sept- Dua orang pegawai BTPN Pahang iaitu En Adwin dan En telah memantau PuAS SK Bandar Raub sempena Pertandingan Pusat Akses (PuAS) Cemerlang Negeri Pahang 2013.


PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 56
2hb Sept- Sempena ulang tahun kemerdekaan ke 56, Unit Sambutan Bulan Kemerdekaan bersama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Selepas ucapan perasmian Guru Besar telah melepaskan seekor burung tertukur sebagai gimik 'Kebebasan' diikuti nyanyian lagu patriotik sambil mengebarkan bendera Jalur Gemilang.Pelbagai aktivit telah disusun sepanjang bulan kemerdekaan seperti kuiz, kelas patriotik, melukis poster, mewarna, mereka topi kemerdekaan, pakaian patriotik dan nyanyian lagu patriotik.


 SKBR JOHAN PERBARISAN KEMERDEKAAN KE 56
31hb Ogos-Seramai 40 ahli perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 telah mengharumkan nama SK Bandar Raub apabila telah diumumkan sebagai pemenang perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 bertempat di Dataran Raub anjuran Pejabat Daerah Raub.

 
SKBR MERAIH ANUGERAH MENTERI BESAR PAHANG 2013
9hb Julai-SK Bandar Raub terus menempa kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Menteri Besar Pahang atas kecemerlangan UPSR 2012 kategori bandar. Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub telah menerima anugerah berbentuk sijil dan cek RM1000.00 daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.


  PELANCARAN IHYA RAMADHAN
8hb Julai-Sempena kedatangan bulan Ramadhan, jawatankuasa sambutan bulan kebesaran Islam telah mengadakan pelancaran Ihya Ramadhan di dewan sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya ialah Mutiara Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dan nasyid, Buletin nur Ramadhan, Tazkirah Nuzul Al-Quran, Iftor Jama'e dan sambutan Ambang Syawal.


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK BANDAR RAUB 2013
5hb Julai-SK Bandar Raub telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2013 bertempat di padang sekolah. Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SKBR telah merasmikan temasya tersebut yang berlangsung dengan penuh meriah. Rumah Tok Gajah telah muncul sebagai Johan manakala Safrizal dan Sazilawati telah muncul sebagai Olahragawan dan olahragawati 2013.

SKBR CEMERLANG SEMPENA HARI GURU DAERAH RAUB 2013
4hb Julai-Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2013 yang telah diadakan di dewan SEMESTA, SKBR telah meraih tiga anugerah utama iaitu Anugerah GPS Terbaik, Anugerah Band 2 ke Band 1 dan Anugerah Bilik Pemulihan Terbaik. Anugerah telah diterima oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub.

JOHAN TOKOH NILAM KATEGORI BI DAERAH RAUB 2013

3hb Julai-Muhd Harith Zafran dan Nurul Hamizah telah muncul sebagai Johan dan Naib Johan Tokoh Nilam Kategori BI Daerah Raub 2013 yang telah diadakan di PKG Bandar Raub. Manakala tujuh lagi calon bagi kategori BM hanya menduduki tempat ke 4 hingga sepuluh.


  BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU
29hb Jun-Seramai 118 orang murid tahun lima dan enam telah mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Penceramah jemputan ialah Guru Cemerlang Bahasa Melayu En Wahab b Tan dari SK Tersang Satu. Dalam ceramahnya, beliau telah mendedahkan teknik yang betul dalam menjawab soalan dan kesalahan yang perlu dielakan bagi mencapai kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu. Turut serta menimba ilmu ialah guru-guru Bahasa Melayu SKBR dan tidak ketinggalan Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub.


PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN ENAM BERSAMA PIHAK SEKOLAH
28hb Jun-Satu perjumpaan antara ibu bapa murid tahun enam dengan pihak sekolah telah diadakan di bilik gerakan SKBR jam 10.30 pagi. Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah memberikan taklimat berkaitan perkembangan prestasi murid tahun enam serta perancangan pihak sekolah ke arah kecemerlangan UPSR 2013. Selepas itu telah diadakan sesi bersama guru kelas di mana ibu bapa berjumpa dengan guru kelas dan mata pelajaran bagi bertukar maklumat berkaitan prestasi anak masing-masing.

MAJLIS PERPISAHAN PN MAZLINA UDIN
26hb-KKGP SKBR telah mengadakan majlis perpisahan untuk Pn Mazlina Udin (PPM) yang bertukar ke SK (F) Lenga, Muar, Johor pada minggu hadapan. Selain ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, Pn Mazlina majlis disulami dengan sumbangan cenderamata dari KKGP dan guru sebagai tanda mata warga SKBR atas sumbangan beliau semasa di SKBR. Warga SKBR mendoakan beliau sekeluarga maju jaya di tempat baru.


DELEGASI DAERAH RAUB KE HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
22hb-Seramai 40 orang guru daerah Raub telah menghadiri Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013 yang telah diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan. Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.Datuk Abdul Hamid MD Shah telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Pahang 2013.


PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NG PAHANG 2013
17hb- Seramai 12 peserta SKBR telah menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Ng Pahang 2013 yang telah diadakan di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP), Jerantut. Team sekolah telah mencapai kedudukan yang agak membanggakan berbanding tahun sebelumnya apabila ke empat-empat team merangku tempat ke 13, 15, 24 dan 31. Seramai 6 orang guru sebagai mentor dan pengiring turut mengiringi team SKBR.

MAJLIS PERSARAAN PN SAADIAH DI REST HOUSE RAUB

23hb Mei-Majlis persaraan Pn Saadiah diteruskan di Rest House Raub jam 8.00 malam. Bertemakan biru, majlis diserikan dengan ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, Pengerusi KKGP En Khairul dan yang diraikan Pn Saadiah, penyampaian hadiah, jamuan dan sesi bergambar.


MAJLIS PERSARAAN PN SAADIAH HUSSIN
24hb 23hb Mei-Setelah berkhidmat selama 34 tahun 5 bulan dalam dunia pendidikan kini tibalah saatnya Pn Saadiah Hussin meninggalkan dunia pendidikan apabila bersara wajib menjelang cuti pertengahan tahun.Sepanjang kerjayanya sebagai guru belaiu telah berkhidmat ditiga buah sekolah iaitu SMK (F) Panching, SMK Dong dan SK Bandar Raub (2003-2013). Sempena dengan persaraan beliau, KKGP telah mengadakan Majlis Persaraan beliau di dewan sekolah bersama guru dan para pelajar. Majlis diserikan dengan ketibaan Pn Saadiah diiringi Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar) dan barisan pentadbir, tayangan video, ucapan Guru Besar, ucapan Pn Saadiah, persembahan murid, persembahan guru, penyampaian hadiah dan sesi bersalam-salaman dengan guru dan murid.




PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK BANDAR RAUB 2013
17hb Mei-Seramai 75 orang ahli unit beruniform seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, TKRS dan Puteri Islam bersama guru pembimbing setiap unit telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform SK Bandar Raub 2013 dari 17hb hingga 19hb Mei bertempat di Sungai Pasu. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan antaranya ialah mendirikan khemah, membuat gajet, kembara malam, pemeriksaan khemah, tracking, pertandingan (pertolongan cemas, ikatan, masakan dan gajet), lari berhalangan, malam kebudayaan, Malaysia Cergas dan sukanika.Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK 1 Pn Norhayati Awang.




 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013
16hb Mei-Sempena Hari Guru yang bertemakan Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda, sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013 yang bermula jam 7.45 pagi. Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah ucapan Ketua Murid, Ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, membaca perutusan, bacaan ikrar yang diketuai oleh En Ishak Hassan, nyanyian Guru Malaysia, penyampaian hadiah dari KKGP dan acara memotong kek. Manakala acara sukaneka pula ialah seperti belon beracun, terompah gergasi, ikatan sayang, dekorasi guru, berbasikal lambat, cuba jaya dan rebut kerusi yang dimenangi oleh En Ishak (L) dan Ustazah Nursyuhada (P). Seterusnya diadakan persembahan murid dan guru di dewan. Acara diserikan lagi dengan penyampaian hadiah dan jamuan Hari Guru.


SARAPAN COCO CRUNCH BERSAMA NESTLE
16hb Mei-Selepas menikmati minuman milo, hari ini pihak Nestle telah bermurah hati menyumbangkan sarapan coco crunch kepada semua murid SK Bandar Raub pada jam 9.45 pagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Nestle atas sumbangan tersebut.


 KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BANDAR RAUB 2013
14hb Mei- SK Bandar Raub telah menjadi tuan rumah Karnival Prasekolah Zon Bandar Raub 2013 yang bermula jam 8.30 pagi. Dua aktiviti yang dipertandingkan ialah bola baling  bagi murid perempuan dan futsal bagi murid lelaki. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Bandar Raub, SK Raub Indah, SK Makmud, SK Krau dan SK Tersang. Pasukan bola baling dan futsal SK Bandar Raub telah muncul johan bagi kedua pertandingan tersebut.


PROGRAM MINUM MILO
10hb Mei- Semua murid SK bandar Raub hari ini telah mendapat minuman MILO percuma melalui van Milo yang datang ke sekolah pada jam 10.15 pagi.


RESENSI BUKU
9hb Mei- Dalam usaha meningkatkan minat guru dalam pembacaan, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan resensi buku di kalangan guru setiap minggu pada setiap Khamis.Program yang bermula bulan Sept. 2012 telah diteruskan ke tahun ini mengikut jadual yang ditetapkan. Ternyata setiap kali ianya dijalankan guru dapat mengulas buku yang dibaca dengan baik dengan menggunakan power point.


LATIHAN KEBAKARAN
3hb Mei-Dalam usaha untuk melatih murid dan guru menghadapi saat-saat kecemasan seperti kebakaran, Unit Keselamatan dan Kecemasan telah mengadakan latihan kebakaran pada pagi Jumaat. Sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan, murid-murid, guru dan kakitangan sekolah telah berkumpul di tempat yang ditentukan dalam pelan kebakaran. Sebaik sahaja dikumpulkan, GPK HEM telah memberi taklimat dan melakukan pemantauan setiap kelas.


LATIHAN PROGRAMING ROBOTIK
2hb Mei- En Zaidi dari SASBADI telah mengadakan bengkel programing robotik untuk murid dan guru yang akan bertanding dalam pertandingan robotik peringkat negeri pada bulan Jun 2013. Turut sertai ialah SK Mahmud. Bengkel telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di makmal komputer sekolah.Murid telah didedahkan dengan teknik dan cara yang betul bagi memprogreskan pergerakan robotik seperti yang dikehendaki dalam pertandingan.


PROGRAM COUCHING n MENTORING
30hb Apr- Pegawai dari JPNP iaitu En Khairil Hing Abdullah telah mengadakan Program Couching n Mentoring kepada pengurusan sekolah yang melibatkan pihak pentadbir dan ketua-ketua panitia.Tujuan program ini diadakan ialah bagi membantu pihak sekolah kearah kecemerlangan bagi mencapai tahap sekolah kluster dan seterusnya sekolah berprestasi tinggi (SBT).


BENGKEL PENULISAN RPH
30hb Apr-Seramai 54 orang guru pemulihan daerah Raub telah mengikuti Bengkel Penulisan RPH yang telah diadakan di bilik gerakan SK Bandar Raub.Bengkel telah dikendalikan oleh JU Pemulihan Khas Kebangsaan Pn Hasmida Ismail dan JU Pemulihan Khas Negeri Pn Haslinda Abd Samad. Antara aktiviti yang diadakan ialah tayangan video P&P BM Penulisan RPH Tahap Satu, tayangan video P&P BM Penulisan Tahap Dua, penulisan RPH Matematik, tayangan slide inovasi, sesi soal jawab dan yuran tahunan persatuan.Tujuan utama bengkel ini diadakan ialah membolehkan guru pemulihan khas dapat menulis RPH dengan betul, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik yang betul dan berkesan dan mewujudkan keseragaman penulisan RPH.

 
JAMUAN PERPISAHAN CIKGU WAN MUKHTAR
27hb Apr-Sempena pertukaran Cikgu Wan Mukhtar ke SK Gali sebagai GPK Kokurikulum, KKGP telah mengadakan majlis perpisahan di dewan sekolah jam 12.30 tengahari. Majlis ini juga meraikan dua orang guru praktikum dari IPG Lipis yang menamatkan praktikum mereka pada minggu ini iaitu Cikgu Zalina dan Cikgu Asmawati.


 LAWATAN PENANDA ARAS KE SK BANDAR RAUB
25hb April-Seramai 2 orang guru prasekolah, 4 ppm dan seorang GPK 1 bersama 50 orang murid prasekolah dari sekolah SK Ulu Atok dan SK Kuala Atok telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Bandar Raub. Antara aktiviti yang diadakan sempena lawatan tersebuat ialah melawat persekitaran sekolah seperti pusat sumber, makmal komputer, kelasdan sebagainya, senamrobik, sukaneka seperti tarik bola guna gelung rotan, bola beracun, berebut gula-gula, jamuan makan dan majlis penutup yang disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub.
 
SKBR TUAN RUMAH MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) 2013
2hb April- SK Bandar Raub telah menjadi tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2013 yang berlangsung jam 8.30 pagi. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YBhg Dato, Ir Hj. Azinuddin b Abd Rahim, Pengarah Raub Australian Gold Mining yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pertandingan Tilawah Al-quran (L) dimenangi oleh SK Mahmud manakala (P) dimenangi oleh SK Raub Indah. Pertandingan Hafazan Al-quran (L) dimenangi olek SK Bandar Raub manakala (P) dimenangi SK (P) Methodist. Pertandingan bercerita (L/P) dimenangi oleh SK Bandar Raub dan Pertandingan Nasyid dimenangi oleh SK Bandar Raub.

MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BARU/ANUGERAH NEW DEAL 2012
20hb Mac- Detik bersejarah SK Bandar Raub apabila menerima Anugerah Tawaran Baru/New Deal 2012 di Hotel Equatorial Bangi. Anugerah telah diterima oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed yang telah disempurnakankan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah.
 

PROGRAM GURU PENYAYANG

20hb Mac- Selaras dengan Program Guru Penyayang, pihak sekolah telah melaksanakannya tepat jam 6.45 pagi. Kehadiran murid-murid sekolah telah disambut oleh barisan guru di depan pintu pagar yang diketuai oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed. Murid-murid yang datang awal telah disambut dengan senyuman, bersalam-salaman dan dihargai dengan ucapan selamat datang dan diberikan cenderahati.


PELANCARAN KEMPEN SERONOKNYA KE SEKOLAH
18hb Mac-Dalam usaha menggalakan murid hadir ke sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin dengan kerjasama Pusat Sumber, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Seni dan PIBG telah melancarkan "Kempen Seronoknya Ke Sekolah" yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG En Mohd Khairul Azman b Mohd Nordin. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah ceramah Sifar Ponteng oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, penyerahan borang kepada wakil guru kelas, pertandingan mengarang esei, melukis poster, mewarna dan teka silang kata.


 PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA & MURID
15hb Mac-Dalam usaha meningkatkan motivasi dan keyakinan murid dan ibu bapa, pihak sekolah telah menganjurkan Program Motivasi Ibu Bapa & Murid yang dikendalikan oleh Ikon Belia Negara En Lim Teck Hoe. Majlis yang disertai oleh murid tahun empat hingga enam dan ibu bapa telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hoh Khai Mun ADUN Bilut merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar & Kesihatan Negeri Pahang. YB Dato' juga telah menyumbangkan sebuah note book dan RM3000.00 kepada PIBG untuk program kecemerlangan sekolah. Sementara dalam ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, beliau telah menyentuh mengenai kecemerlangan yang telah diraih termasuk Anugerah New Deal manakala masih menanti keputusan Sekolah Berprestasi Tinggi.


PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM NG PAHANG 2013
5hb Mac- Seramai sembilan orang ahli unit beruniform (6 ahli PBSM dan 3 ahli Puteri Islam) telah menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit-unit Beruniform Peringkat Negeri Pahang di SMK Dato Panglima Garang, Budu, Lipis dari 5hb hingga 8hb Mac 2013. Pelbagai aktiviti telah disertai antaranya ialah bantu mula (pertolongan cemasa), ikatan, gajet, masakan menu, explore race, rempuh halangan, masakan rimba, malam kebudayaan dan kawad.Majlis penutupan telad disempurnakan oleh YB. Ahli Parlimen Lipis.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-87

 
02 Mac 2013-Berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKBR kali ke-87 dengan jayanya hasil kerjasama utuh warga ibubapa & warga SK Bandar Raub.Kalungan ucapan tahniah & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru & staff SKBR yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat kali ini.Hanya Allah jualah yang akan memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian.Mesyuarat kali ini sekali lagi dirasmikan oleh YH Dato' Azinudin b Hj Abd Rahim,Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining.

MAJLIS SEIKHLAS HATI SETULUS BUDI PERINGKAT SEKOLAH
28hb Feb-Sempena persaraan Cik Tan Sea, KKGP telah menganjurkan Majlis Seikhlas Hati Setulus Budi peringkat sekolah. Ketibaan Cik Tan Sea telah diiringi oleh dua buah motor berkuasa besar yang ditunggang oleh En Ahmad Shahrol Nizam dan En Khairul Anuar. Seterusnya beliau telah disambut oleh pihak pentadbir dan diarak ke dewan sekolah. Majlis diserikan dengan ucapan guru besar, Cik Tan Sea, persembahan oleh pelajar, penyampaian hadiah dan sesi bersalam-salaman dengan murid.


MAJLIS SEIKHLAS HATI SETULUS BUDI CIK TAN SEA
27hb Feb- Sempena persaraan Cik Tan Sea, KKGP telah mengadakan Majlis Seikhlas Hati Setulus Budi di Kelab Golf Raub. Pada majlis tersebut Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Tan Sea selama beliau menabur bakti di SK Bandar Raub selama 16 tahun.Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada Cik Tan Sea dan sesi bergambar sebagai kenangan.



TEAM BOLA BALING SK BANDAR RAUB JOHAN BOLA BALING
27hb Feb- Pasukan bola baling lelaki dan perempuan SK Bandar Raub telah muncul johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Bandar Raub yang telah diadakan di SK Bandar Raub. Antara sekolah yang turut serta ialah SJK (C) Chung Ching, SK Krau, SK Mahmud, SK(P) Methodist dan SK Raub Indah. Hadiah telah disampaikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub kepada para pemenang. Jurulatih SKBR En Zulkiflee dan YM Raja Norsaadah.


 MAJLIS PELANCARAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN
24hb Feb- Seramai lima orang AJK PIBG SK Bandar Raub yang diketuai oleh NYDP PIBG Pn Azilah, Setiausaha PIBG En Sufian bersama tiga orang ajk telah menghadiri Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di KLCC. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran.

 

PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT NEGERI 2013
25hb Feb-Seramai sembilan ahli TKRS telah mewakili daerah Raub ke Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri yang telah diadakan di Pusat Koku Kuantan dari 25-28hb Feb 2013. Pelbagai aktiviti telah diharungi oleh peserta kursus antaranya ialah pertandingan kraftangan, pertandingan kawad. Antara kejayaan yang dicapai ialah Johan Ikatan dan Simpulan, Naib Johan Pandu Arah, Naib Johan Ikatan dan Simpulan, Naib Johan Bantu Mula dan ketiga Ikhtiar hidup. Guru pembimbing ialah Pn Juslinda Mohd Yusof.


TIGA MURID SKBR KE PERINGKAT NEGERI PERTANDINGAN CATUR
20hb Feb- Seramai tiga orang murid SKBR iaitu Rahim Hakimi Salleh, Mohd Syakir Aiman Paisol dan Auni Farisya Mazli telah mewakili daerah ke Pertandingan Catur Peringkat Negeri yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali. Walaupun tidak mendapat tempat tetapi pengalaman yang ditimba amat berguna bagi menghadapi pertandingan pada tahun 2014.Guru pembimbing Ustazah Felzata dan Pn Zahira.






KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

23hb- Dalam usaha memantapkan jati diri Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber, Badan Pengawas bersama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bertempat di dewan dan bilik gerakan sekolah. Aktiviti Ice breaking telah dikendalikan oleh Ustaz Supian dibantu oleh beberapa orang guru. Ceramah kepimpinan dikendalikan oleh Pn Maziani Guru Bimbingan dan Kaunseling. Manakala bengkel pusat sumber dikendalikan oleh GC GPM En Ishak Hassan, Ustazah Nursyuhada, Pn Rohana, Pn Nuratikah dan En Mohd Azri.Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Rozman Bahari GPK HEM.

NO 8 MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2013

7hb Feb- Adik Nursyuhada Adenan telah mengharumkan nama sekolah apabila meraih tempat ke lapan dalam Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah 2013 bertempat di SK LKTP Krau. SK Bandar Raub telah diwakili oleh 12 orang peserta. Guru pembimbing ialah Pn Sakinah (GPK Koku), En Zulhaizaf, EN Mohd Azri, En Ahmad Shahrol, Cik Siti Farah, Pn Fadzilahayati dan Pn Saadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2013

5hb Feb-Seramai lapan orang murid Pemulihan Khas telah menerima hadiah Program Pemulihan Khas 2013 yang telah disampaikan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar). Mereka yang berjaya melepasi program tersebut berdasarkan Ujian IPP2M dan Ujian Protim ialah Nur Aina Nayli, Thriyaaswini, Mohd Syafel Amirullah, Hussin Ahmad dan Yaziq Daniel. Manakala murid yang berjaya dalam Program Cantum dan Sebut ialah Uzma, Mohd Rabbani Fakhrullah dan Muhammad.


PELANCARAN "JOM KE PSS" 2013
4hb Feb-Dalam usaha menggalakan murid dan guru mengunjungi Pusat Sumber, Pusat Sumber telah melancarkan Program "JOM KE PSS" 2013 yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Dalam ucapannya beliau begitu berharap murid dan guru mengunjungi dan menggunakan semua kemudahan yang terdapat di pusat sumber dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum mereka.Selepas perasmian beliau telah menyampaikan Kad PSS 2013 kepada setiap ketua kelas. Sempena dengan program ini satu aktiviti Jejak Maklumat telah diadakan di mana semua murid tahun satu hingga enam telah terlibat di mana mereka perlu mengunjungi PSS untuk mendapatkan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan.


PENYERAHAN MENTOR-MENTEE 

4hb Feb-Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan UPSR 2013, Unit Kecemerlangan UPSR dan Bimbingan & Kaunseling telah melancarkan Program Mentor-Mentee di dewan sekolah. Melalui program ini semua murid tahun enam mendapat 'bapa dan ibu angkat' di kalangan guru bagi membimbing mereka ke arah kecemerlangan.

MAJLIS PERJUMPAAM IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN ENAM

2hb Feb-Satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa /Penjaga tahun enam SK Bandar Raub dengan pihak sekolah telah diadakan di dewan sekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan input kepada ibu bapa mengenai perancangan sekolah untuk mutid-mutid tahun enam bagi menghadapi UPSR 2013.Antara program yang diadakan ialah taklimat yang disampaikan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar) dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

SK BANDAR CEMERLANG CATUR DAERAH RAUB

1hb Feb- Tiga peserta Pertandingan Catur Peringkat Daerah Hakimi Salleh, Mohd Syakir Aiman Paisol dan Auni Farisya Mazli telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat pertama (Hakimi), ketiga (Aiman) dan Auni kedua. Pertandingan  telah berlangsung selama dua hari di SMK Gali . Ketiga-tiga mereka akan mewakili Raub ke peringkat negeri.

LAWATAN PENANDA ARAS SMK (P) METHODIST KE SKBR 

31hb Jan-Seramai lima orang guru SMK (P) Methodist yang diketuai oleh Pengetuanya Pn Aminah bt Abdullah telah mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah ini. Pelawat telah dibawa melawat dan meninjau Bilik Akses, Pusat Sumber dan Makmal Komputer bagi memdapat input bagaimana membangun dan menguruskan bilik-bilik tersebut supaya menjadi cemerlang dan dikunjungi oleh murid dan guru.

ACARA MERENTAS DESA 2013

30hb Jan-Murid-murid tahun tiga hingga enam telah menyertai acara Merentas Desa 2013 sejauh 4.3 kilometer yang telah dilepaskan oleh YDP PIBG En Khairul Azman b Noordin jam 8.30 pagi.Sebelum berlari, para peserta telah menyertai senamrobik yang dibimbing oleh Cikgu Rohana. Semasa berlari para peserta telah diawasi oleh guru-guru dan polis traffik. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YDP PIBG, Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed dan GPK Kokurikulum Pn Sakinah Saad

  

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1434H

25hb Jan- Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1434H bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah", Unit Hari Kebesaran Islam dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan sambutan peringkat sekolah yang dirasmikan oleh Pn Norhayati Awang (GPK1). Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah perarakan dan selawat, tazkirah, pertandingan busana muslim, pertandingan azan dan iqomah, tayangan video, kuiz, persembahan nasyid dan pertandingan power point.


LATIHAN MERENTAS DESA

23hb Jan-Tepat jam 3.30 petang murid tahun tiga hingga enam telah menyertai latihan merentas desa sejauh 4.3km. Kawalan keselamatn yang dikendalikan oleh guru turut dibantu okeh polis trafik Raub yang mengawal keselamatan murid sepanjang laluan merentas desa.

JAMUAN PERPISAHAN CIKGU TAN CHEE PENG

23hb Jan-KKGP SK Bandar Raub telah menganjurkan Jamuan Perpisahan kepada Cikgu Tan Chee Peng yang akan bertukar ke Kuantan pada 25hb Jan 2013. Dalam ucapannya Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar) telah menyampaikan ucapan terima kasih atas khidmat bakti beliau selama bertugas di SK Bandar Raub. Beliau juga turut menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Tan sebagai tanda kenangan dari KKGP.

PEMANTAUAN NEW DEAL

22hb Jan-Sejarah tercipta di SK Bandar Raub apabila tiga orang nazir dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah datang membuat pemantauan New Deal. Nazir yang diketuai oleh Pn Wee Mak Giat (Nazir Kanan), Tn Hj Jafri dan Tn Rosdi telah membuat pemantauan dari segala aspek berkaitan pengurusan dan pentabdiran sekolah dari jam 7.45pagi hingga 5.00 petang.


PROGRAM ORIENTASI PSS & PROGRAM NILAM

21hb Jan- Dalam usaha mendedahkan kepada murid berkaitan pusat sumber dan Program Nilam, Pusat Sumber telah mengadakan Orientasi PP & Taklimat Program Nilam keoada murid-murid tahun satu hingga enam. Mereka telah didedahkan mengenai apa itu pss, keahlian pss 2013, perkhidmatan yang disediakan, bahan-bahan yang terdapat di pss, peraturan pss, peminjaman & pemulangan bahan, pelaksanaan Program Nilam dan anugerah yang disediakan oleh pss.

MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

21hb-Seramai 30 Pengawas Sekolah dan 38 Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikan pelantikan yang telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Supt. Wan Mohd Shamsul Wan Othman di dewan sekolah. Sebelum merasmikan program tersebut, beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan kemalangan jalan raya dan jenayah yang melibatkan kanak-kanak.Watikah Pengawas Sekolah telah disampaikan oleh Supt. Wan Mohd Shamsul manakala watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan oleh YDP PIBG En Khairul Anuar Mohd Nordin.Selepas penyampaian watikah semua pengawas telah melafazkan ikrar.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

15hb Jan-Seramai 304 orang murid bersama ibu bapa murid SK Bandar Raub telah menerima bantuan khas awal persekolahan tahun 2013 yang telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Raub,

GOTONG-ROYONG KECERIAAN PSS & BILIK PENGAWAS SEKOLAH

5hb Jan- Seramai 34 orang Pengawas Pusat Sumber dan 12 orang Pengawas Sekolah telah menyertai aktiviti gotong-royong keceriaan pusat sumber dan bilik Pengawas Sekolah anjuran Pusat Sumber dan Badan Pengawas Sekolah. Aktiviti yang bermula jam 8.45 pagi telah berakhir jam 12.00 tengahari. Menurut Guru Perpustakaan dan Media, aktiviti ini amat berguna kerna ianya menyemai rasa sayang Pengawas Pusat Sumber kepada pss selain meningkatkan keceriaanpss setelah hampir dua bulan bercuti. Manakala menurut guru disiplin aktiviti bersama Pengawas Sekolah membuat pengubahsuaian bilik untuk keselesaan Pengawas Sekolah menjalankan aktiviti.

PENYAMPAIAN BUKU REKOD BACAAN PEGAWAI PINDIDIKAN

3hb Jan- Dalam usaha menyemai minat membaca dan menjadi ikon kepada murid, semua guru dan staf sokongan SK Bandar Raub telah menyertai Program Rekod Bacaan Pegawai Pendidikan yang dikendalikan oleh Pusat Sumber. Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah menyampaikan Buku Rekod Bacaan kepada semua guru. Tiga orang guru En Ishak Hassan, Pn Rohana Sudin dan Pn Rosfaizah Osman turut menerima Sijil Pencapaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidkan Pahang. Semua guru turut menjayakan Program Resensi Buku setiap minggu waktu KIK.


SESI PERSEKOLAHAN 2013

2hb Dis-Seramai 365 orang murid telah menghadiri sesi persekolahan 2013 hari pertama dengan sesi perhimpunan telah diadakan di dewan sekolah.Dalam ucapan aluan guru bertugas Ustaz Sufian, beliau mengalu-ngalukan kehadiran murid ke sekolah sempena sesi persekolahan 2013. Beliau berharap semua murid mempunyai azam yang tinggi di samping berubah menjadi murid yang cemerlang di tahun 2013. Manakala dalam ucapan aluan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, beliau amat mengalu-ngalukan kehadiran murid dan berharap semua murid akan berusaha menjadi murid cemerlang mengatasi kecemerlangan tahun 2012. Beliau juga memaklumkan kepada semua murid dan ibu bapa yang hadir akan pencapaian cemerlang UPSR 2012 dan berharap murid tahun enam akan berusaha untuk mengatasi rekod UPSR 2012. Sekolah juga turut dikunjungi oleh jemaah nazir bagi memantau sesi persekolahan hari pertama.

BULETIN SINAR  2012

MAJLIS ORIENTASI MURID PRASEKOLAH

31hb Dis- Sempena sesi 2013, murid-murid prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun telah menghadiri Majlis Orientasi Prasekolah yang diadakan di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, tayangan multimedia, pembahagian murid dan tanda nama serta Mesyuarat PEWARIS.

MAJLIS ORIENTASI MURID TAHUN SATU 2013
29hb Dis- Sempena kemasukkan murid tahun satu 2013, satu Majlis Orintasi Tahun Satu telah diadakan di dewan sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub. Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai perjalanan sekolah, pencapaian sekolah dalam kurikulum dan kokurikulum serta penglibatan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Beberapa orang guru turut memberi taklimat kepada ibu bapa berkaitan dengan KSSR, PBS (Cikgu Shamsiah), LINUS (Cikgu Noriza), J-Qaf (Ustaz Sahadan), Buku Teks (Cikgu Siti Hajar), Disiplin (Cikgu Fara Fadzleen) dan Pusat Sumber dan Program NILAM (Cikgu Ishak). Seramai 50 orang murid Tahun Satu telah mengikuti program tersebut.Mereka juga turut dibawa melawat segala kemudahan yang terdapat di sekolah di samping belajar berbelanja di kantin sekolah.


MESYUARAT GURU SIRI 1/2013

26hb Dis- Sempena sesi persekolahan 2013, satu mesyuarat guru 1/2013 telah diadakan dibilik gerakan sekolah. Dalam mesyuarat tersebut Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, GPK 1 Pn Norhayati Awang, GPK HEM En Rozman Bahari dan GPK kokurikulum Pn Sakinah Saad telah memberi taklimat mengenai bidang masing-masing kepada guru-guru bagi dilaksanakan pada sesi 2013.

PENCAPAIAN CEMERLANG UPSR 2011

19hb Nov- Debaran murid-murid Tahun Enam berakhir apabila Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed mengumumkan keputusan UPSR 2012 di dewan sekolah. Beliau amat gembira dan bersyukur dengan keputusan yang diperolehi dan mengucapkan tahniah kepada 18 orang murid-murid yang mencapai kejayaan cemerlang 5A  dan enam orang mendapat 4A1B dan seorang mendapat 4A1C. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas berkat usaha tanpa jemu guru-guru Tahun Enam dan kerja bersama seluruh warga sekolah atas kejayaan GPS 1.47 peratus manakan lulus keseluruhan 98.15 peratus dan berada tempat kedua ranking daerah Raub.


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBR 2012

9hb Nov- Kemuncak kepada aktiviti sekolah telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan SKBR 2012 yang telah dirasmikan oleh Ikon Belia Negara En Lim Teck Hoe di dewan sekolah. Sebelum penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum pelbagai persembahan telah dipersembahankepada para tetamu antaranya ialah bercerita, action song, dikir barat, tarian dan sebagainya. Kemuncak kepada Hari Anugerah Kecemerlangan ini ialah pengumuman Tokoh Murid yang dirangkul oleh adik Nurmaisurah Bahtiar.

HARI KEUSAHAWANAN DAN BINTANG KECIL

7hb Nov-Kelab Guru dan kakitangan serta Panitia Muzik telah mengadakan Hari Keusahawanan dan Bintang Kecil bertempat di luar dan dalam dewan sekolah. Sebelum itu semua guru dan murid telah menyertai senamrobik yang dipimpin oleh Pn Zawiyah N The Team dari Lipis. Selepas itu para pelajar telah menyerbu gerai-gerai yang disediakan bagi membeli anika jenis makanan dan minuman yang dijual. Tepat jam sepuluh bermula Pertandingan Bintang Kecil.

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH

6hb Nov- Sremai 70 orang murid prasekolah telah dibawa ke Marrybrown untuk Majlis Sambutan Hari Jadi dan Jamuan Akhir Tahun.Murid-murid prasekolah begitu teruja dengan kehadiran Maskot MB Chipmunk. Suasana menjadi riuh-rendah apabila Chipmunk mengusik murid-murid prasekolah. Turut hadfir di majlis tersebut ialah Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, GPK 1 Pn Norhayati Awang dan Pengerusi PEWARIS En Ishak Hassan. Guru Besar turut menyampaikan hadiah hari jadi kepada muri prasekolah yang menyambut hari jadi pada bulan Sept, Okt, Nov dan Dis 2012.

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

6hb Nov-Seramai 24 orang murid telah menjayakan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di dewan sekolah. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kebesaran Islam dan Panitia Pendidikan Islam telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Raub Ustaz Mat Zin Awang. Selepas perarakan peserta khatam,pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah khatam Al-quran, ucapan perasmian dan penyampaian cenderamata kepada murid khatam.
 

PROGRAM PENYERAHAN BUKU ADAP MURID

5hb Nov- Sejak pagi ibu bapa murid-murid SK Bandar Raub hadir ke dewan sekolah bagi menandatangani Buku Rekod Adap anak mereka di samping berbincang dengan guru kelas berkaitan prestasi anak mereka terutama mengenai kelemahan dan cara mengatasi masalah yang ada.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

2-3hb Nov-Seramai 40 orang murid dan empat orang guru telah menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah anjuran Pusat Sumber Sekolah. Antara tempat yang dilawati ialah Perigi Hang Tuah, Taman Buaya, Taman Rama-rama dan Reptilia, Zoo Melaka, Muzium Samudera, Muzium Setem, Memorial Kemerdekaan, Muzium Kesultanan Melaka, Kota A-Famosa, Gerai Kraftangan , Bukit St Paul, menaiki Menara Taming Sari dan Melaka Cruise serta menonton wayang 6D.


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN NILAM 2012

1hb Nov- Buat julung kali Pusat Sumber Sekolah dan PIBG telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan NILAM 2012 bertempat di dewan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bandar Raub Pn Norhasimah Mohamed. Hari Anugerah Kecemerlangan NILAM diadakan bagi mengiktiraf pencapaian murid dalam Program NILAM sepanjang tahun 2012. Pelbagai anugerah diadakan seperti Anugerah Pencapaian Jauhari untuk tahun enam (Gangsa-NILAM), Anugerah Jauhari (Pencapaian NILAM), Anugerah Rangsangan NILAM, Anugerah NILAM Prasekolah, Anugerah Murid dan kelas Paling aktif meminjam buku, Anugerah Sudut Perpustakaan Kelas, Anugerah Perpustakaan Rumah dan Anugerah Tokoh NILAM 2012. Adik Nur Maisara Amira Mohd Mazlan telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2012.

HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2012

31hb Okt-Seramai 70 orang murid prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun telah berjaya menamatkan sesi persekolahan prasekolah dan diraikan dalam Hari Graduasi Prasekolah 2012 yang diadakan di dewan sekolah. En Jamaluddin  Nordin Penolong Pegawai Pelajaran Daerah telah merasmikan majlis tersebut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada semua murid prasekolah. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan action song, nyanyian, dikir barat, pakaian beragam dan . Adik Danial telah diumumkan sebagai Tokoh Murid Prasekolah 2012.


HARI BAHASA ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU BERSAMA PUSAT SUMBER

29hb Okt- Sempena READ2012, Panitia Bahasa Melayu bersama Pusat Sumber telah mengadakan Hari Bahasa bertempat di dewan sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid antaranya ialah pertandingan pantun, sahibba, pidato, Malaysian Speed Test, mewarna, teka silangkata dan eksplorasi kuntum. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, GPK 1 Pn Norhayati Awang, En Rosman Bahari GPK HEM dan Pn Saniah Saad GPK Koku kepada para pemenang.

NURMAISARA AMIRA TEMPAT KELIMA TOKOH NILAM NEGERI 2012

23hb Okt- Sempena Pelancaran READ2012 peringkat negeri di Maran, Nurmaisara Amira Mohd Mazlan telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat kelima Tokoh NILAM Negeri Pahang 2012. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang En Yahya Zainal Abidin.

  

PELANCARAN READ2012 SK BANDAR RAUB

23hb Okt- Sempena READ2012, Pusat Sumber telah mengadakan Pelancaran READ2012 yang telah disempurnakan oleh Pn Norhayati Awang GPK 1 di dewan sekolah.Selepas ucapan dan gimik perasmian, murid-murid pendidikan khas, prasekolah, tahun satu hingga enam dan guru telah membaca buku selama 33 minit. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan kad bacaan kepada ketua kelas oleh Pn Fadzilahayati Johari (KP BM), Pn Roselawaty Mohd Yusoff (KP BI), En Rozman Bahari (GPK HEM) dan GPK 1 Pn Norhayati Awang. Sempena READ2012 pelbagai aktiviti telah diadakan antara PSS bersama Panitia BM seperti pertandingan pantun, sahibba, teka silangkata, pertandinga perpustakaan rumah dan kelas, eksplorasi Kuntum, tulisan khat dan jawi bersama panitia PAI/J-Qaf serta mewarna bersama Panitia Seni.

MAJLIS PENUTUPAN KEM BESTARI SOLAT

19hb Okt- Unit J-qaf dan Agama Islam telah mengadakan Majlis Penutupan Kem Bestari Solat di dewan sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar). Majlis yang diserikan dengan beberapa acara seperti bacaan Al-Quran dan terjemahan, persembahan Hiwar Bahasa Arab, bacaan dalam solat dan nasyid. Guru Besar juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kem bina juara, kem bestari solat dan Anugerah Mujahid (Amru Mohd Aris) dan Mujahidah (Nor Alina Mohd).


TIGA GURU SK BANDAR RAUB MENERIMA ANUGERAH SEMPENA MAJLIS RESENSI BUKU BERSAMA PENGARAH PELAJARAN PAHANG

9hb Okt- Tiga orang guru SK Bandar telah menerima Sijil Penghargaan Program Membaca Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan Ng Pahang sempena  majlis Resensi Buku Bersama Pengarah Pelajaran Pahang di PPD Raub, Mereka ialah Cikgu Ishak Hassan, Cikgu Rohana Sudin dan Cikgu Rosfaizah Osman. Di majlis itu juga cikgu Ishak telah mengadakan resensi buku yang bertajuk Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh En Yahya Zainal Abidin Pengarah Pelajaran Pahang yang turut merasmikan majlis tersebut.

SUKAN PRASEKOLAH SKBR 2012

28hb Sept-Seramai 75 orang murid prasekolah dari tiga rumah sukan iaitu oren, Unggu dan Merah Jambu telah mengikuti Sukan Prasekolah SK Bandar Raub di padang sekolah. Sukan yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed telah berlangsung dengan meriah diselangi dengan gelagat spontan murid dan guru amat menghiburkan para tetamu yang terdiri dari ibu bapa murid prasekolah. Pelbagai acara telah diadakan seperti lari 50m, lari berganti-ganti, kutip dan susun pundi kacang, bawa gelang getah dengan straw, musical chair, acara ibu bapa dan guru dan sebagainya. Rumah Oren telah muncul sebagai johan manakala Olahragawati disandang oleh adik Wardah El-Umairah dan olahragawan disandang oleh adik Alif Zamran.

KARNIVAL SUKAN SKBR 2012

26hb Sept- Unit Sukan sekolah telah menganjurkan Karnival Sukan sebagai menyahut seruan 1M1Sukan. Tiga acara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring dan bola baling. Semua murid Tahap dua dan tahap satu terlibat. Pertandingan yang dijalankan berjalan dengan meriah dan hebat dengan setiap murid menunjukan bakat dan skil masing-masing.

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER

22hb Sept- Seramai 33 orang Pengawas Pusat Sumber telah mengikuti kursus Pengawas Pusat Sumber yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah. Kursus yang bermula jam 8 pagi itu telah berjalan dengan lancar di mana para peserta telah mengikuti empat sesi bengkel yang dikendalikan oleh GC GPM En Ishak Hassan dan Pn Wan Faezah Abd Azizi iaitu bengkel mengenai Peranan dan Tugas, Sistem Perpuluhan Dewey, Cara Memproses bahan buku dan buku dan Mengenali PSS Kita. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Bandar Raub Pn Norhasimah Mohamed.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

21hb Sept - Setelah sebulan meraikan Bulan Kemerdekaan, Unit Kemerdekaan sekolah telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di dewan sekolah, Majlis yang telah dirasmikan oleh pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub telah berjalan dengan lancar dan meriah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti tayangan video, pakaian beragam, mendeklamasikan sajak, nyanyian lagu patriotik, pidato dan penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan.

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

14hb Sept - Unit Sambutan Perayaan Bulan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah di dewan sekolah. Pelbagai hidangan dan kuih-muih yang disediakan oleh guru dan dibawa oleh murid telah dihidangkan untuk dinikmati bersama. antara juadah yang disediakan oleh guru ialah satay, lemang, rendang dan nasi impit dan pelbagai jenis kuih-muih yang dibawa oleh murid.

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Unit Sambutan Bulan Perayaan Islam telah mengadakan Sambutan Ambang Syawal di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah, tayangan video, sumbangan kepada murid miskin dan yatim, cenderamata kepada murid yang puasa penuh dan kuiz. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Majlis diakhiri dengan murid bersalaman dengan guru-guru.Majlis juga diadakan bagi meraikan pertukaran En Anas Sukri (GPK 1) ke SK (F) Kemasul sebagai guru besar.

PROGRAM IFTOR JAMAI'E PERINGKAT SEKOLAH

9hb Ogos- Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Unit Kebesaran Agama Islam telah menganjurkan Program Iftor Jamai'e peringkat sekolah bertempat di dewan sekolah. Pelbagai program telah diadakan seperti majlis khatam Al-Quran, mahjlis berbuka puasa, solat Mahgrib, solat hajat, solat Isyak, solat Tarawih dan moreh. Majlis telah dihadiri oleh tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah.

SESI FOTOGRAFI MAJALAH "ILTIZAM'

30hb Julai- Sempena penerbitan majalah sekolah 'Iltizam', unit fotografi telah mengadakan sesi fotografi pada 30hb Julai-1hb Ogos yang melibatkan guru, staf sokongan, panitia, kelas, unit dan kelab serta unit beruniform bertempat di datarn kejat.

 TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI PAHANG 2012

27hb Julai- SK Bandar Raub menempa satu lagi kejayaan dalam pertandingan 3K apabila meraih tempat ketiga Pertandingan 3K Peringkat Negeri Pahang 2012. Sesungguhnya dengan penyampaian ini bakal melonjakkan SKBR menjadi sekolah bestari apabila mencatat kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan PIBG. Ini kerana sebelum ini SKBR telah menerima anugerah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum peringkat daerah sempena Hari Guru 2012, Johan Prasekolah Berbintang Zon Bandar 2012 dan tempat kedua PIBG peringkat daerah 2011.

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 55

23hb Julai - Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 55, Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan telah menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertemakan Janji Ditepati di dataran kejat yang dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini antaranya ialah kuiz kemerdekaan, pertandingan kelas patriotik, pertandingan buku skrap, pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian patriotik dan pengucapan awam.

PELANCARAN IHYA RAMADHAN

20hb Julai- Sempena menjelang Ramadhan, Panitia Agama Islam dan J-Qaf telah melancarkan Ihya Ramadhan di dewan sekolah. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena bulan Ramadhan antaranya ialah Pelancaran Ihya Ramadhan, Tabung Ihya Ramadhan,Tazkirah Ramadhan oleh Ustazah Mazlina, Mutiara Ramadhan, penerbitan Nur Ramadhan, Tadarus Al-quran guru dan murid serta staf sokongan, memperdengarkan ayat-ayat Al-quran dan nasyid, Iftar Jamai dan sambutan ambang Syawal.
 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH

14hb Julai- Seramai 48 murid prasekolah dan 34 orang guru dan ibu bapa telah menyertai lawatan sambil belajar murid prasekolah ke Kuala Luimpur. Antara tempat dilawati ialah Zoo Negara dan Pusat Sains Negara.

SKBR MERAIH DUA ANUGERAH HARI GURU 2012

12hb Julai- Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2012, SK Bandar Raub telah meraih dua anugerah kecemerlangan peringkat daerah iaitu Anugerah Kecemerlangan Sekolah (Peratus Cemerlang UPSR 2011) dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (Cemerlang Persatuan/Kelab) 2011.Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan Dato Sri Dr Eng Yen Yen kepada Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed di dewan besar SEMESTA.

PELANCARAN SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN

10hb Julai 2012- Sempena pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan, SK Bandar Raub turut tidak ketinggalan menjayakan program tersebut. Aktiviti yang dimulakan pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran guru dan murid diikuti dengan perhimpunan pagi sekolah. Tepat jam 8 pagi acara bermula dengan senamrobik selama 30 minit yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih. Selepas itu aktiviti diteruskan dengan acara sukanika seperti lari berhalangan dan galah panjang. Aktiviti tamat pada jam 10.15 pagi.

SUKAN TAHUNAN 2012

30hb Jun 2012- Bertempat di padang sekolah telah berlangsung Sukan Tahunan Sekolah 2012. Ianya telah dirasmikan oleh. Acara sukan telah berlangsung dengan meriah yang melibatkan murid-murid, guru, ibu bapa dan staf sokongan serta peserta dari sekolah jemputan. Rumah Tok Gajah (Hijau) telah muncul sebagai johan. Adik Shameel dari Rumah Kuning telah terpilih sebagai Olahragawan manakala adik Adilah Dianah (Rumah Tok Gajah) telah diumumkan sebagai Olahragawati.

MAJLIS PERSARAAN PN SU

25hb Mei- Setelah menabur bakti dalam dunia pendidikan selama 30 tahun akhirnya Pn Su Siok Kim telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik pada 29hb Mei 2012. Sempena persaraan beliau, pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan di dewan sekolah. Ternyata suasana pagi Jumaat amat bermakna pada Pn Su di mana di dalam perasaan yang bercampu-baur pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti persembahan murid, persembahan yang mencuit hati oleh guru-guru dan persembahan khas oleh Pn Su. Di akhir majlis, murid-murid turut menyampaikan cenderamata kepada Pn Su sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Sebelum beliau meninggalkan kawasan sekolah Pn Su telah diarak menaiki kereta yang dihias indah sambil melambai kepada murid-murid dan guru-guru.

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16hb Mei- Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang telah diadakan di dewan sekolah. Majlis yang dimulakan dengan membaca perutusan Pengarah Pelajaran Pahang oleh GPK 1 En Anas Syukri Mohd Yunus, bacaa, ikrar, nyanyian lagu Guru Malaysia dan memotong kek serta penyampaian cenderamata oleh KKGP kepada guru-guru.. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di padang seperti pertandingan bola sepak, bola jaring antara guru dan murid. Di akhir program murid-murid turut menyampaikan hadiah kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada guru mereka

PELANCARAN KEMPEN MEMBACA DAN PROGRAM NILAM 2012

30hb April - Dalam usaha menyemai minat membaca di kalangan murid, guru dan staf sokongan SKBR, Pusat Sumber bersama Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan Kempen Membaca & Program NILAM 2012 bertempat di dewan sekolah. Pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Cik Asparadila Zainal Abidin Penolong Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Selepas gimik pelancaran, beliau telah menyampaikan Kad Keahlian PNM, sumbangan buku dan banting kepada Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Sempena pelancaran kempen mambaca ini pelbagai persembahan telah dipertonton oleh murid-murid SKBR seperti pidato, bercerita, resensi buku, pentomen dan sebagainya. PNM juga turut mengadakan pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap satu dan turut menyumbang hadiah kepada para pemenang disamping mengadakan pameran dan pendaftaran keahlian PNM. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah disusun oleh pusat sumber sepanjang kempen ini yang berlangsung dari 30hb april hingga awal November 2012.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKBR 2012

27hb April - Seramai 130 ahli Unit Beruniform yang terdiri dari Pengakap, TKRS, BBSM dan Puteri Islam telah menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit-unit Beruniform di padang sekolah dari 27hb hingga 29hb April 2012. Perkhemahan ini yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG telah berjalan dengan lancar dan meninggalkan banyak pengetahuan dan faedah kepada para peserta perkhemahan.Menurut Kem Komandan En Ishak Hassan dengan cuaca yang baik sepanjang perkhemahan para peserta telah dapat melaksanakan aktiviti yang diatur dengan berkesan dan lancar. Antara aktiviti dan pertandingan yang telah diadakan ialah Jungle tracking, memasak, kraftangan, kemahiran individu seperti kompas, permainan kem, ikatan, pertolongan cemas, kawad dan sebagainya. Penyampaian hadiah dan penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En Anas Sukri Mohd Yunus GPK 1.

JAMUAN PERTUKARAN GURU OLEH KKGP

21hb April- Sempena pertukaran tiga orang guru pada awal April, Kelab Kakitangan Guru dan Pekerja telah mengadakan jamuan perpisahan di dewan sekolah jam 1.05 petang. Tiga orang guru berkenaan ialah Pn Juliaros Kamaruddin (GPK 1) yang bertukar ke SK Raub Jaya, Ustazah Ghazilah ke SKP Methodist dan Ustazah Rabeah ke SK Krau 1. Pada majlis tersebut Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah menyampaikan cenderamata kepada mereka bertiga. Semoga mereka terus berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baru.

HARI ALAM SEKITAR SKBR 2012

18hb April - SK Bandar Raub dengan kerjasama Majlis Daerah Raub telah mengadakan Hari Alam Sekitar 2012 bertempat di dataran kejat.Majlis Daerah Raub telah menyumbang sebanyak 200 anak pokok seperti pokok bunga raya, puding copia dan alamanda untuk ditanam disekeliling persekitaran sekolah. En Zulkifli Nasir Penyelia Landskap MDR telah menyampaikan anak pokok kepada En Anas GPK Pentadbiran dan seterusnya menanam pokok tersebut.

KEM JATI DIRI UPSR 2012

13hb April - Seramai 48 orang murid SKBR bersama 4  murid dari SK Bukit Fraser dan 11 murid SK Kuala Dong telah mengikuti Kem Jati Diri UPSR 2012 yang telah diadakan di Kem Pertahanan (RMTC) Bukit Fraser dari 13hb hingga 15hb April 2012. Manakala seramai 27 orang guru turut terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah sesi motivasi, eksplorace, sukanika, senamrobik dan program Bahasa Inggeris bersama Guru TELL En Byran. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh wakil PPD En Syafie. 

GOTONG-ROYONG PERDANA SKBR 2012

7hb April- Sempena dengan Pertandingan 3K, satu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Selain guru dan murid, PIBG, ibu bapa dan PUSPEN Sg Ruan turut menjayakan aktiviti tersebut. Wakil khas Ahli Parlimen Raub telah melancarkan aktiviti tersebut disamping berjanji menyumbang sebanyak RM2000.00. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mengecat, menanam pokok bunga, menghias pondok bacaan dan sebagainya.

AHLI PBSM SERTAI PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2012

2hb April- Seramai lima orang ahli PBSM telah menganggotai kontinjen Raub menyertai Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang di Kem Tengku Puan, Maran dari 2hb hingga 5hb April 2012. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan antaranya ialah masakan bermenu, kraftangan, explorace, bantu mula, halangan komando, persembahan, ikatan, PC, kawad, kompas, permainan kem dan sebagainya. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. 

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2012

29hb Mac- Dalam usaha menyemai rasa benci kepada dadah, Unit Dadah Sekolah telah melancarkan Minggu Anti Dadah yang telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan seperti mewarna, kuiz, pameran oleh AADK dan Pejabat Kesihatan, ceramah, senamrobik dan sebagainya.

MESYUARAT AGONG PIBG SKBR

23hb Mac- Mesyuarat Agong PIBG telah dirasmikan Dato Ir Azinuddin Abd Rahim pada hari Sabtu jam 2.30 petang. Dalam ucapannya beliau berjanji menyumbang sebanyak RM5000 kepada PIBG bagi merangka program kearah kecemerlangan sekolah.En Khairol Mohd Nordin telah dipilih sebagai YDP PIBG bagi sesi 2012/2013.

KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER

 DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PERINGKAT DAERAH  RAUB 2012

21hb Mac- Seramai 54 Guru Perpustakaan dan Media dan 171 Pengawas Pusat Sumber telah mengikuti Kursus Pengurusan Pusat Sumber dan Kursus Pengawas Pusat Sumber peringkat daerah Raub bertempat di SK Bandar Raub. Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Bandar Raub bersama PPD dan PKG, Majlis Guru Cemerlang dengan kerjasama Karangkraf/Sinar Harian, Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan Syarikat Multiple telah berlangsung dengan lancar. Terdapat lima bengkel telah dijalankan antaranya Peranan dan Tugas Pengawas PSS, Penulisan Berita, Proses Bahan, Sistem Automasi, Baikpulih bahan, Pembinaan laman web dan praktikal serta lawatan ke PSS cemerlang dan bas U-Pustaka. Perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Raub En Sudar bin Kiman.

MESYUARAT DAN KURSUS PENGURUSAN & PENTADBIRAN PSS SIRI 1/2012 SI SKBR

20-21hb Mac- Seramai 54 orang Guru Perpustakaan dan Media telah menghadiri mesyuarat agung Persatuan Guru Perpustakaan dan Media serta menyertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran PSS Siri 1/2012 di SK Bandar Raub. Dalam mesyuarat tersebut dipilih AJK GPM Peringkat zon bandar, Batu Talam dan Dong serta pemilihan AJK Induk Persatuan Guru Perpustakaan dan Media disamping merancang aktiviti tahunan persatuan bersama PKG Daerah Raub dan Pejabat Pelajaran Daerah Raub.

MAJLIS PERSARAAN PN HAMIDAH BT MOHAMED JAM (GPK KOKO)

9hb Mac- Hari ini merupakan detik penuh keharuan bagi warga SKBR kerana akan kehilangan seorang guru yang amat dedikasi iaitu Pn Hamidah Mohamed Jam (GPK KOKO) yang akan bersara mulai 10hb Mac 2012. Bagi meraikan hari terakhir di SKBR Kelab Guru dan Kakitangan serta murid-murid telah mengadakan majlis persaraan bermula jam 9.45 pagi. Ketibaan Pn Hamidah dengan kereta berhias telah disambut oleh guru dan murid-murid serta diarak ke dewan dengan paluan kompang. Pelbagai acara menarik diadakan seperti tayangan multimedia, ucapan guru besar, ucapan ketua murid, persembahan oleh murid seperti action song (prasekolah), sajak , koir, persembahan guru priktikum dan penyampaian hadiah. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu bertemu dan berpisah dan bersalam-salaman dengan murid dan guru.

PROGRAM SAYANGI MURID

5hb Mac- Sempena dengan Program Sayangi Murid, guru-guru SKBR telah menyertai program tersebut dengan menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah seawal jam 6.45 pagi. Ternyata murid-murid merasa terkejut dan terharu di atas keprihatinan guru terhadap mereka. Setiap murid yang tiba ke sekolah disambut oleh guru dengan senyuman, bersalaman dan diberi sebatang pensil setiap orang.

PASUKAN SKBR CEMERLANG  DI KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH RAUB 2012

1hb Mac- Pasukan SK Bandar Raub yang menyertai Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Raub 2012 yang telah diadakan SK Raub Indah telah menempa kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih beberapa anugerah dari beberapa aktiviti yang dipertandingan seperti berbalas pantun, pidato, sahibba dan bercerita. Antara kejayaan yang dicapai ialah johan pidato oleh adik Nurul Izzah Salasatul  Zaiman, naib johan pertandingan pantun dan tempat kedua pertandingan bercerita tahap satu oleh adik Tn Aqilah. En Sudar Kiman Pegawai Pelajaran Daerah Raub telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

PASUKAN BOLA SEPAK MUNCUL NAIB JOHAN

1hb Mac- Pasukan bola sepak SK Bandar Raub telah muncul sebagai naib johan peringkat zon bandar Raub apabila tewas kepada SK Mahmud 0-2 dalam perlawanan akhir. Sebelum itu pasukan yang dibimbing oleh Ustaz Sahadan dan Cikgu Azizi telah menewaskan pasukan SK Raub Indah 8-1.

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PER. NG PAHANG 2012

27hb Feb- Seramai empat ahli TKRS telah menyertai perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Pahang bertempat di Kem Bukit Rindan Muadzam Shah dari 27hb Feb hingga 1hb Mac 2012. Mereka ialah Nurmaisarah Bahtiar, Nurmaisurah Bahtiar, Mohd Nor Amirul Alif dan Ahmad Nasyaie. Nurmaisarah dan Nurmaisurah telah mendapat tempat ketiga acara rentas halangan berpasukan (perempuan) manakala Ahmad Nasyaie merangkul naib johan pertandingan pandu arah (lelaki) antara kumpulan integrasi.

KEJAYAAN PASUKAN OLAHRAGA PERINGKAT ZON RAUB DI SK ULU GALI

27hb Feb- Pasukan olahraga sekolah telah menempah beberapa kejayaan dalam pertandingan olahraga peringkat Zon Bandar Raub yang telah diadakan di SK Ulu Gali. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Tan, Cikgu Zulhaizaf dan Cikgu Saadiah telah meraih kejayaan dalam acara

TAHNIAH MENDAPAT CAHAYA MATA

22hb Feb- Setelah sekian lama mendambakan cahaya mata akhirnya pasangan Pn Innawaty dan suami akhirnya dikurniakan seorang puteri comel manakala Pn Wan Faezah dikurniakan cahaya mata kedua seorang putera. Bagi meraikan detik manis tersebut Kelab Guru dan Kakitangan telah menyumbangkan cenderamata kepada mereka berdua. Guru Besar Pn Norhasimah telah menyampaikan cenderamata tersebut kepada mereka berdua. 

PEMENANG SIRI 2/2012 ANJURAN PUSAT SUMBER

27hb Feb- 20hb Feb- Hadiah pemenang Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Siri 2/2012 anjuran Pusat Sumber telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed. Pemenang tahap satu ialah pertama Dzarif (2K), Azfar (2K) kedua dan ketiga Nurul Nadira Adnan (1W). Pemenang tahap 2 Pertama ialah Nor Syafiqah M Zalimi (4K), kedua Norsazilawati Ahmad (5W) dan ketiga Sahratun Nyazwa (5D).

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

24hb Feb- Seramai 40 orang Pengawas Sekolah telah menghadiri Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas dan Didiplin Sekolah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah.Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang telah dpenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pemilihan ajk, yuran tahunan, peranan dan tanggungjawab pemimpin, LDK, penyelesaian masalah dan sebagainya.. Tema kursus pada tahun ini ialah Ke Arah Membina Jiwa Kepimpinan. Guru Penolong Kanan Satu Pn Juliaros Kamaruddin telah menyampaikan ucapan perasmian penutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta.

SKBR TUAN RUMAH KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU ZON BDR RAUB 2012

23hb Feb- SK Bandar Raub telah menjadi tuan rumah Karnival Koakademik Bahasa Melayu Zon PKG Bandar Raub 2012. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti bercerita tahap satu dan dua, pidato, pantun dan sahibba. Sebanyak sembilan buah sekolah telah menyertai karnival ini antaranya ialah SK Bandar Raub, SK Mahmud, SJKC Chung Ching, SKP Methodist, SK Ulu Gali, SK LKTP Lembah Klau, SK LKTP Krau 1, SK Bukit Fraser dan SJKC Tras.Pemenang Bercerita tahap satu ialah Tn Amirah SK Bandar Raub. Pemenang Bercerita tahap dua ialah Haziq Al-Sadiqin SK Mahmud. Pemenang Pidato dirangkul oleh Nurul Izzah SK Bandar Raub. Pemenang Pantun dirangkul oleh Pasukan SK Bandar Raub, manakala pemenang sahibba ialah Nur Wahida SKP Methodist. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Raub En Sudar b Kiman yang turut menyampaikan ucapan perasmian penutup Karnival Koakademik Bahas Melayu Zon PKG Bandar Raub.

PEMENANG SIRI 1/2012 MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

20hb Feb- Hadiah pemenang Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Siri 1/2012 anjuran Pusat Sumber telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed. Pemenang Tahap Satu ialah Avinaash (1K), Amirul Haizey (2K), Mohd Syazril Izuan (1W), Nurul Akieya Farhana (2K) dan Nur Aieman Haikal (1W). Pemenang Tahap Dua Alif Aqil (6K), Naufal (4K), Liyana Nabila (4K), Siti Nur Athirah (6W) dan Syahratun Syazwa (5D).

MERAIH TEMPAT KE 24 MERENTAS DESA DAERAH RAUB 2012

18hb Feb- Nur Aqilah Dyanah Mohd Noor telah menduduki tempat ke 24 dalam Pertandingan Merentas Desa Peringkat daerah Raub yang telah diadakan di SM Sains Raub.

QARIAH JEMPUTAN PERPUSPANITA

16hb Feb- Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Raub, adik Noralina Mohamad (6K) telah dijemput sebagai qariah jemputan oleh PUSNITA Raub. Beliau telah memperdengarkan bacaan Al-quran di Masjid Abu Bakar. sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran PUSPANITA Daerah Raub yang dirasmikan oleh Datin Norehan.

LAWATAN KERJA KETUA PADR KE PSS SKBR

16hb Feb- Pn Norizan Abdullah Ketua Perpustakaan Awam Daerah Raub dan pembantunya Pn Jamaliah Mohamed telah mengadakan lawatankerja ke pusat sumber SK Bandar Raub. Selain lawatan satu siri perbincangan telah diadakan bagi merancang aktiviti dan bertukar pendapat dan idea berkaitan kursus yang akan diadakan pada 29hb Feb 2012.

PEMAKAIAN PANGKAT KEPADA AHLI TKRS

15hb Feb- Seramai tiga ahli TKRS telah dianugerahkan pangkat sempena perkhemahan kursus kenaikan pangkat TKRS peringkat daerah di SMK Seri Raub. Nurmaisurah telah dianugerah pangkat sarjan manakala Maisarah dan Arif Fauzi dianugerahkan pangkat koperal. GPK Kokurikulum Pn Hamidah Mohamed Jam telah memakaikan pangkat kepada mereka bertiga.

RESENSI BUKU SEMPENA NILAM GURU

15hb Feb- Selaras dengan Program NILAM guru, semua guru digalakkan membuat resensi buku semasa KMK setiap hari Rabu secara bergilir. Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed telah membuka langkah sulung dengan membuat resensi buku berdasarkan buku yang telah beliau baca iaitu Amalan Pengurusan Pengetua sebagai galakkan kepada guru-guru lain.

ANUGERAH PUSAT SUMBER BULAN JANUARI 2012

13hb Feb- Dalam usaha menyemai minat membaca di kalangan murid, Pusat Sumber telah menganugerahkan Anugerah Murid paling Aktif Meminjam Buku dan Kelas Paling Aktif Meminjam Buku di pusat sumber. Pemenang bulan Januari bagi Murid Paling Aktif meminjam Buku ialah Puteri Nursyazwani Muhd Shahri (6W) yang meminjam sebanyak 31 buah buku. Manakala pemenang kelas paling aktif meminjam buku ialah 3 Kreatif (60%) bagi Tahap Satu dan 5 Kreatif (80%) bagi Tahap Dua. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed. 

PELANCARAN KUNTUM DALAM DARJAH (KDD) 2012

13hb Feb- Dalam usaha mentraformasi medium P&P Pusat Sumber telah melancarkan Kuntum Dalam Darjah (KDD) 2012. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed. Setiap guru kelas menerima majalah Kuntum setiap bulan untuk digunakan sebagai salah satu medium P&P disamping sebagai bahan bacaan dalam kelas dan menggalakkan murid membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

POLIS BERSAMA SEKOLAH

13hb Feb- Selari dengan konsep kerjasama antara agensi, masyarakat dengan sekolah, sekolah turut menjalin kerjasama dengan pihak polis. Antara kerjasama yang dijalinkan ialah memberi ceramah berkaitan jenayah dan menjaga keselamatan murid serta lalu-lintas.Sarjan Fatimah telah dilantik sebagai pegawai perhubungan PDRM dengan pihak sekolah.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

10hb Feb- Sempena sambutan Maulidur Rasul, Unit Agama Islam telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah perarakan mengelilingi sekolah, kuiz spontan, ceramah, pertandingan azan dan iqamah, persembahan bercerita kisah nabi dan persembahan nasyid. Hadiah telah disampaikan oleh Pn Juliaros Kamaruddin (GPK 1).

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH RAUB 2012

9hb Feb- Seramai 12 orang murid SKBR telah menyertai pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Raub yang diadakan di Kompleks Sukan Kuala Gali. Aqilah Dyanah Mohd Noor telah merangkul tempat ke 9 manakala Nuursyuhada Adnan mendapat tempat ke 14. Guru pembimbing ialah En Tan Chee Peng, Cik Siti Farah dan Pn Saadiah.

PPDa NAIB JOHAN PERINGKAT DAERAH 2011

8hb Feb- PPDa SK Bandar Raub telah muncul sebagai naib johan peringkat daerah 2011. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed kepada guru penyelaras PPDa Pn Norsyuhada Hazma.

PERBINCANGAN KERSAMA ANTARA PSS DENGAN PERPUSTAKAAN AWAM DAE. RAUB

8hb Feb- PSS SK Bandar Raub dan Perpustakaan Awam Daerah Raub telah meneruskan kesinambungan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti ke arah galakan minat membaca. Guru Perpustakaan dan Media En Ishak Hassan telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Perpustakaan Awam Daerah Raub Pn Norizan Abdullah bagi merangka aktiviti bersama sepanjang tahun 2012.

T-Kayuh BERSAMA PENSYARAH IPTA DAN MANTAN GURU SKBR

5hb Feb- "T-Kayuh SKBR" berkayuh ke Pekan Dong bersama En Ab Karim Abdullah Pensyarah IPT Afzan Lipis dan mantan guru SKBR Cikgu Radzi.

PEMENANG ACARA SUKANEKA SEMPENA MERENTAS DESA 2012

3hb Feb- Acara Imbang bola atas reket tenis Pertama Hijau, Kedua Kuning dan ketiga Merah. Acara Tarik bola dengan gelung rotan Pertama Kuning, kedua Merah dan ketiga Hijau. Acara Terompah gergasi Pertama Biru, kedua Kuning dan ketiga Merah. Acara Lari berhalangan Pertama Hijau, kedua Merah dan ketiga Kuning. 

PEMENANG ACARA MERENTAS DESA 2012

3hb Feb- Pemenang kategori Lelaki A Pertama Mohd Aniq (Hijau), Kedua Mohd Shamil Afnan (Kuning) dan Ketiga Mohd Irman (Biru). Pemenang kategori Lelaki B Pertama Mohd Shahfiza (Kuning), Kedua Mohd Haziq (Merah) dan Ketiga Hussin (Hijau).Pemenang Kategori Perempuan A PertamaAqilah Dianah (hijau), Kedua Nursyuhada (kuning) dan ketiga Fatin Nursyamimi (Biru). Pemenang Perempuan B Pertama Nuraifah (Kuning), Kedua Liyana Nabila (Merah) dan Ketiga Nur Izzah (Biru)

ACARA MERENTAS DESA 2012

3hb Feb- Sempena sukan olahraga sekolah 2012, acara merentas desa telah diadakan bagi ahli rumah sukan mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing. Acara yang bermula jam 8.30 pagi telah dilepaskan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub.Sebelum berlari acara senamrobik telah diadakan diketuai oleh Pn Rohana Sudin. Semua murid dari tahun tiga hingga enam telah menguji kekuatan masing-masing. Manakala murid tahun satu dan dua terlibat dengan acara sukaneka. Pasukan polis traffik turut memberi bantuan dengan mengawal aliran traffik.

LATIHAN MERENTAS DESA 2012

1hb Feb- Sempena acara merentas desa yang akan diadakan pada Jumaat 3hb Feb 2012, murid-murid tahun tiga hingga enam telah menjalani latihan dengan mengikuti laluan merentas desa sejauh hampir lima kilometer. Latihan yang bermula jam 4.30 petang telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu pihak pentadbir, guru-guru dan dibantu oleh tiga orang polis traffik IPD Raub.

GURU PRAKTIKUM DI SK BANDAR RAUB

30hb Jan- Seramai empat orang guru praktikum dari Institut Perguruan Tengku Afzan Lipis telah melaporkan diri untuk menjalani praktikum selama empat bulan. Mereka ialah Siti Sarah Wozali (PSV), Nurul Atikah Abd Rahim (MAT), Vashini Padmanabha (MAT/PJ) dan Nurul Ain Ahmad (Pendidikan Islam).

PELANCARAN KEAHLIAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET (ZOOM-A)

30hb Jan- Pelbagai usaha dan program telah dan akan dijalankan bagi meningkatkan kecemerlangan UPSR.Antaranya Pusat Sumber dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 telah melancarkan Kempen Pendaftaran Keahlian Pembelajaran Interaktif Melalui Internet (ZOOM-A). Seramai 20 orang murid telah menerima Tiket Penndaftaran ZOOM-A daripada Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar). Melalui program ini murid-murid digalakkan belajar secara kendiri sama ada di rumah atau di sekolah dengan menggunakan kemudahan yang disediakan seperti Pusat Akses, makmal komputer, bilik komputer bestari, pusat akses PIBG dan kios internet. 

PELANCARAN AKHBAR DALAM DARJAH/SISIPAN DIDIK

30hb Jan- Dalam usaha ke arah kecemerlangan UPSR, Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Tahun 6 telah melancarkan Program Akhbar Dalam Darjah/Sisipan DIDIK khusus untuk murid Tahun 6. Melalui program ini guru-guru dan murid-murid akan menggunakan Sisispan DIDIK sebagai salah satu medium dalam pengajaran dan pembelajaran.Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar).

T-Kayuh BERSAMA TEMAN BARU DAN LAMA

25hb Jan- T-Kayuh SKBR hari ini telah berkayuh dan bersarapan pagi di Pekan Dong bersama kenalan baru Jo dari Kuala Lumpur dan Cikgu Azmi bekas guru SKBR. Setelah bersarapan T-Kayuh telah membeli dan menempah beberapa helai jesey baru.

PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 2012

19hb Jan- Satu perjumpaan rumah sukan telah diadakan di dewan bagi merangka aktiviti latihan serta melantik jawatankuasa rumah sukan. Kesemua rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning telah berkumpul bersama ahli dan guru pembimbing. Acara utama yang akan dilangsungkan ialah latihan merentas desa pada 1hb Feb dan acara merentas desa akan diadakan pada 3hb Feb 2012.

SEMANGAT 1 MALAYSIA DI SKBR

   20hb Jan- Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang disambut pada 23 dan 24 Januari,warga sekolah     mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada Puan Su Siok Kim ,Cik Tan Sea dan Encik Tan Chee Ping.Sebagai tanda semangat perpaduan dan Semangat 1Malaysia guru-guru SK Bandar telah bersepakat menyumbang tiga buah hamper kepada mereka bertiga.Hamper telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed.


MESYUARAT BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 1/2012

17hb- Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Badan Pengawas PSS 1/2011 bertempat di bilik gerakan. Dalam ucapan Guru Besar Pn Norhasimah berharap Pengawas PSS dapat menjadi murid contoh dengan mematuhi segala peraturan di samping berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum. Antara agenda mesyuarat ialah melantik AJK 2012, aktiviti, peranan dan tugas dan sebagainya. Ketua Pengawas PSS 2012 disandang oleh Nurmaisarah Bahtiar manakala Penolong Ketua Pengawas PSS disandang oleh Alif Aqil Amran.Seramai 34 orang Pengawas PSS telah menghadiri mesyuarat tersebut.

TEAM-KAYUH SK BANDAR RAUB

16hb Jan- Semangat Le Tour D Langkawi telah menyerap ke guru-guru SK Bandar Raub apabila beberapa orang guru telah menubuhkan Kelab Team-Kayuh SK Bandar Raub. Team yang diketuai oleh Cikgu Ishak turut dianggotai oleh Cikgu Ahmad Sharol Nizam, Cikgu Zulhaizaf dan En Muhd Syahir. Antara aktiviti yang dijalankan ialah berkayuh mengeliling bandar Raub, berkayuh ke serata pelusuk Raub seperti ke Pekan Dong, Felda Krau dan sebagainya. Tujuan utama penubuhan team ini ialah untuk beriadah di sebelah pagi, petang dan malam di samping menikmati keindahan alam.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2012

  

16hb Jan 2012- Seramai 40 Pengawas Sekolah dan 35 Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah menerima Watikah Lantikan daripada Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Sejurus menerima watikah bacaan ikrar telah dijalankan. Dalam ucapannya Pn Norhasimah telah menasihati Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan menjadi murid contoh kepada murid lain.

MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN SEKOLAH DGN IBU BAPA PENJAGA CALON UPSR 2012

13hb Jan 2012- Dalam usaha awal ke arah kecemerlangan UPSR 2012, satu majlis perjumpaan ibu bapa dan penjaga tahun enam telah diadakan di dewan sekolah jam 8.00 pagi. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberikan maklumat berkaitan perancangan dan aktiviti sekolah dalam usaha pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa bagi murid-murid tahun enam mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2012. Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang seperti kelas tambahan, projek mento-mentee, keahlian zoom-a, pembelajaran akhbar dalam darjah (DIDIK), Kuntum dalam Darjah (KDD),. Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed dan guru-guru mata pelajaran tahun enam Pn Fadzilahayati Johari (Bahasa Melayu), Pn Roselawaty Mohd Yusssoff (Bahasa Inggeris), Pn Radiah Kamaruddin (Matematik) dan En Mohd Azizi Sa'ari (Sains) serta sesi dialog.

GOTONG-ROYONG MINGGU PERTAMA 2012

6hb Jan 2012: Setelah bercuti panjang, satu aktiviti gotong-royong telah diadakan pada Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah meningkatkan keceriaan dan kebersihan semua bilik kurikulum dan landskap sekolah. Semua guru dan murid telah bersama-sama menjayakan aktviti ini yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

MAJLIS ORIENTASI TAHUN 1 2012

30hb Dis 2011- Seramai 65 murid Tahun Satu telah mengikuti Majlis Orientasi Tahun Satu 2012 bertempat di dewan sekolah. Program yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub telah berjalan lancar bermula jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah ucapan perasmian Guru Besar, taklimat PBS, taklimat J-Qaf, taklimat disiplin, penyerahan borang maklumat murid, pengagihan buku teks, menadatangani Surat Akujanji SPBTdan orientasi tahun satu di kelas.

MESYUARAT PEWARIS 2012

29hb Dis 2011- Sempena Majlis Orientasi Prasekolah 2012 satu Mesyuarat PEWARIS 2012 telah diadakan di dewan SK Bandar Raub. Tujuan utama mesyuarat diadakan ialah bagi melantik Jawatankuasa PEWARIS sesi 2012. Di samping itu juga bagi membincangkan aktiviti dan program serta bayaran bagi murid prasekolah sesi 2012. En Ishak Hassan telah dilantik sebagai Pengerusi PEWARIS 2012 manakala Naib Pengerusi disandang oleh En Nazlan.

MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH 2012

29hb Dis 2011- Seramai 52 orang murid prasekolah telah mengikuti Majlis Orientasi Prasekolah sempena minggu persekolahan 2012. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed, Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya taklimat mengenai perjalanan prasekolah oleh Pn Norhasimah Mohamed dan Pn Rosfaizah Osman. Murid prasekolah juga telah dibawa ke kelas dan melawat persekitaran kawasan sekolah.

BULETIN SINAR  2011

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Serentak seluruh negara Pusat Sumber sekolah turut melancarkan Kem membaca 1Malaysia peringkat sekolah pada 31hb Okt hingga 4hb Nov 2011.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar). Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan antaranya ialah majlis pelancaran, gimik pelancaran, 10 minit bersama buku, perbahasan, pidato, pertandingan mewarna, bercerita, bercerita bersama Rakan Pembaca, Info hunt, kraftangan dari bahan terbuang dan sebagainya.

JOHAN ANUGERAH PUSAT AKSES CEMERLANG NG PAHANG 2011

Pusat Akses (PuAS) SK Bandar Raub telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Akses Cemerlang Negeri Pahang 2011 (Kategori SR Bandar) sempena Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia di BTPN Pahang pada 29hb Okt 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang EN Yahya b Zainal Abidin. 

Kejayaan ini merupakan hasil usaha AJK Kerja PUAS dan semua warga sekolah yang dipimpin oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar).Kejayaan ini juga merupakan detik manis kepada Penyelaras Pusat Akses yang juga merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media En Ishak Hassan.

BENGKEL PENULISAN BERITA


11hb Sept - Seramai 51 murid tahun enam telah mengikuti Bengkel Penulisan Berita yang telah diadakan di dewan sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh wartawan dari akhbar Sinar Harian cik Wan Juhaida Wan Hassan telah berjalan lancar dan memberi banyak informasi berguna kepada semua peserta.

Bengkel yang dianjurkan oleh Pusat sumber dan Panitia Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bandar Raub Pn Norhasimah Mohamed.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 54

16hb Ogos- Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54, Unit Bulan Kemerdekaan telah melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bertempat di dewan sekolah. Pn Juliaros Kamaruddin (GPK 1) telah merasmikan majlis tersebut disaksikan murid-murid dan guru SK Bandar Raub. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan Bulan Kemerdekaan antaranya ialah nyanyian lagu 1Malaysia, kuiz, mendeklamasikan sajak, mewarna, kelas patriotik, pakaian patriotik dan ceramah patriotik. 

PELANCARAN IHYA RAMADAN 1432

1hb Ogos- Sempena menjelang bulan ramadan, Panitia Agama Islam telah mengadakan program Ihya Ramadan yang berlangsung selama sebulan. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Hamidah Mohamed Jam (GPK Kokurikulum). Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan ramadan antaranya ialah ceramah, tazkirah (waktu rehat), sumbangan tabung Ihya Ramadan dan sambutan di ambang Syawal.

PUSAT SUMBER BERSAMA JABATAN HUTAN

27hb Julai-Dalam usaha mempelbagaikan sudut maklumat untuk informasi berguna kepada murid dan guru, PSS telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Hutan Raub. Melalui kerjasama ini jabatan hutan telah membekalkan 40 anak pokok herba untuk Sudut Pokok Herba yang diwujudkan. Anak pokok herba tersebut telah disampaikan oleh En Mokhtar kepada GPM En Ishak Hassan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING

 

 

 

 

16-17 Julai- Dalam usaha meluaskan minda dan pengetahuan murid, Pusat Sumber dan PIBG telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping. Seramai 30 murid dan 10 guru telah mengikuti lawatan ini. Antara tempat-tempat dilawati ialah istana, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah dan Perusahaan Labu Sayong di Kuala Kangsar. Di Taiping pula tempat dilawati ialah Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Muzium Perak, Pejabat Hutan Larut & Matang serta menikmati mee banjir udang di Kuala Sepetang.

PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

 

 

14HB Julai- Seramai 12 orang murid SKBR telah menyertai Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Pahang 2011 yang telah diadakan di SMK Panglima Darang Abd Samad Benta. Walaupun gagal mendapat tempat tetapi pengalaman dan ilmu yang diraih amat berguna dalam persiapan untuk tahun hadapan.

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

 

2hb Julai- Sempena Kempen Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia, semua murid SK Bandar Raub telah turut menjayakan larian tersebut dengan jayanya. Larian yang dilepaskan oleh Pn Juliaros Kamaruddin (GPK 1) jam 8.30 pagi telah berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti sukaneka, gerai jualan, karaoke dan pameran.

PROGRAM ISRAK & MIKRAJ

 

24hb Jun- Panitia Agama Islam telah mengadakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah pada Jumaat 24hb Jun. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti ceramah oleh Ustaz Shahadan Hassan, bacaan Al-Quran dan takfsiran, kuiz dan tayangan gambar.

TAKLIMAT DAN KURSUS ROBOTIK

13hb Julai- Seramai 12 orang murid SK Bandar Raub yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Pahang 2011 telah menghadiri taklimat dan kursus Robotik di makmal komputer sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh En Fikri Akmal Ahmad Rodi (Robotics education Trainer) dari Syarikat Sasbadi telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai maklumat asas dan robotik dan peraturan pertandingan telah disampaikan oleh beliau. 

KARNIVAL PUSAT KOKURIKULUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

02hb Jun 2011- Seramai empat murid sekolah SK Bandar Raub telah menyertai Karnival Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Peringkat Negeri Pahang 2011. Karnival yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kg Pandan 1, Kuantan telah berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ialah ikhtiar hidup, rentas sungai, kraftangan, paint ball, permainan dinamika, pengucapan awam, kayak, abselling, berbasikal dan kembara. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Pahang.

KURSUS EDUWEBTV

20hb Mei- Dalam usaha mempelbagaikan penggunaan bbm dalam P&P, Pusat sumber bersama Unit LADAP telah menganjurkan kursus Eduwebtv untuksemua guru SK Bandar Raub. Kursus yang diadakan di makmal komputer telah dikendalikan oleh En Hishamuddin Muhammad Pegawai Bahagian Tekbologi Pendidikan Batu Talam. Kursus yang bermula jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 5.00 petang. Para guru telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan eduwebtv yang boleh digunakan dalam P&P masing-masing.

XPDC KE BUKIT FRASER

17hb Mei- Sempena cuti umum Hari Wesak seramai lima orang guru SK Bandar Raub yang diketuai oleh En Ahmad Sharul Nizam telah mengadakan XPDC ke Bukit Fraser dengan menunggang motosikal. Ahli lain ialah En Ishak, En Zulhaizaf, En Muhd Syahir dan En Mohd Azri. XPDC yang bertolak pada jam 9.30 pagi telah selamat sampai jam 10.00 pagi. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh ahli XPDC antaranya ialah menunggang kuda, memanah dan menaiki bot.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16hb Mei- Sempena Sambutan Hari Guru 16 Mei yang bertemakan "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara", satu sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh keramat tersebut. Majlis dimulakan dengan perhimpunan khas di dewan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan lagu sekolah diikuti dengan acara membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ikrar guru, nyanyian "Guru Malaysia", penyampaian hadiah dari KKGP dan memotong kek.

Acara seterusnya begitu menarik minat murid antaranya ialah treasure hunt, persembahan oleh murid, persembahan guru, acara "Rasa Sayang", tayangan video, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM PERINGKAT DAERAH 2011

13hb-15hb Mei 2011- Seramai 10 orang ahli Puteri Islam telah menyertai Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Daerah 2011 bertempat di Tasik Wawasan Kg Sungai Pasu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah pertandingan memasak, menjahit, kraftangan, gajet dan kawad.  Antara kejayaan yang dicapai ialah Johan Kawad Kaki Asas, Johan Memasak, naib johan gajet dan ke tiga kraftangan. Guru pembimbing yang turut serta ialah Pn Masriza, Pn atikah, Pn Wan Faezah, Pn Saadiah, Pn Haslizan dan Pn Halimatun Saadiah. 

MURID TAHUN ENAM KE MELAKA

14hb Mei- Seramai 40 orang murid tahun enam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai satu usaha menambah pengetahuan kepada murid tahun enam. Antara tempat yang dilawati ialah Taman Rama-rama, Zoo Melaka, Taman Buaya, Cruise Malam, Kota Farmosa, Muzium Budaya, Memorial Kemerdekaan dan lain-lain lagi. Guru pembimbing yang turut serta diketuai oleh pn Maziani dan dibantu oleh Pn Fadzilahayati, En Ahmad Sharol Nizam dan En Wan Mokhtar.

MAJLIS SOLAT HAJAT

12hb Mei-Dalam usaha  memohon keberkatan atas usaha yang telah jalankan, satu majlis sembahyang hajat telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon kepada  Yang Maha Esa agar memberkati usaha-usaha yang telah dilaksanakan  bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR. Majlis ini turut dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid Tahun Enam. Selepas sembahyang  mahgrib, semua hadirin telah menunaikan  sembahyang hajat , bacaan yasin, sembahyang Isyak dan jamuan ringan

TAHNIAH USTAZAH ZARIANA MENDAPAT TEMPAT KE TIGA

11hb Mei 2011- Tahniah kepada Ustazah Zariana Zainuddin kerana mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan membina bahan bantu mengajar sempena dengan pelancaran Program Memperkasakan Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah Raub 2011. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Raauf bin Hj Jali, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang bertempat di SK Raub Indah.

TEMPAT KE TIGA KARNIVAL MUZIK PAHANG 2011

29hb Apr-1hb Mei 2011- Pasukan Brasband sekolah telah berjaya meraih tempat ke tiga dalam Karnival Muzik Pahang 2011 yang telah diadakan di Auditorium Taman Budaya Jalan Teluk Sisek Kuantan. Pasukan sekolah yang turut disertai bersama 11 peserta dari SJKC Chung Ching telah mempersembahkan aksi yang menarik hingga memikat hati hakim. Johan telah dimenangi oleh daerah Bentong manakala ke dua diraih oleh daerah Kuantan. Tahiniah juga kepada guru pembimbing En Mohd Zukari Suman.

PROGRAM JOM P KL BERSAMA PENDIDIKAN KHAS

Pada 28hb April murid-murid Pendidikan Khas, Miskin dan Pemulihan Khas telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Rombongan yang diiringi oleh guru-guru Pendidikan khas dan Pemulihan yang diketuai oleh Pn Norafidah Abdul Rahman telah bertolah pada jam 8.00 pagi. Antara tempat yang dilawati ialah KLCC (Petrosains), Skybrigde, Aquaria dan ke pusat membeli-belah Giant. Rombongan selamat pulang ke Raub jam 11.00 malam.

KHIDMAT BIMBINGAN PSS OLEH GC GPM

Pada 26hb April GC Guru Perpustakaan dan Media En Ishak Hassan telah diundang oleh SK (P) Methodist Raub untuk memberi binbingan dan bantuan berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pusat sumber kepada GPM sekolah tersebut iaitu En Fauzan Zakaria. Antara aspek yang dibimbing ialah berkaitan automasi, sistem fail dan pemerosesan bahan. Selain itu bimbingan turut diberi kepada GPM PSS daerah Raub yang datang ke PSS SK Bandar Raub.

PROGRAM LADAP BERSAMA PUSAT SUMBER

Pada 23hb April Pusat Sumber bersama Unit LADAP telah menganjurkan kursus berkaitan dengan pembinaan laman web dan pemplet panitia di makmal komputer sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh GC GPM SK Bandar Raub En Ishak Hassan telah berjalan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 35 orang guru SK Bandar Raub telah mengikuti kursus dengan penuh minat dalam usaha mencapai matlamat PSS iaitu ke arah e-maklumat. Selepas sesi perbengkelan, Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed turut membuat sesi pemantauan terhadap fail subjek elektif , perancangan strategik dan aktiviti sumbang saran secara berkumpulan.

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK DAN KOMPUTER

Pada 22hb April 2011 bertempat di Rumah Rehat Raub, telah diadakan satu majlis penyerahan cek dan komputer oleh Pengarah Gold Mining YH Dato Azimuddin  kepada Guru Besar dan PIBG sekolah yang terlibat. Antara sekolah yang menerima sumbangan cek ialah SK Bandar Raub, SK Mahmud, SKP Methodist dan SK Gali. SK Badar Raub yang diwakili oleh Guru Besarnya Pn Norhasimah Mohamed telah menerima cek berjumlah RM5.000 dan dua buah komputer untuk pusat sumber sekolah.

PERSEMBAHAN OLEH TOKOH NILAM NEGERI PAHANG

Pada 20hb April 2011 sekolah telah dikunjungi oleh Tokoh NILAM Negeri Pahang kategori sekolah menengah luar bandar iaitu Adila Diyana bt Al-Quran @ Erwan dari SM Sains Tengku Abdullah Raub. Beliau telah mengadakan persembahan resensi buku di hadapan murid-murid SK Bandar Raub di dewan sekolah. Beliau akan mewakili ng Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. SK Bandar merupakan sekolah ke empat yang beliau kunjungi selepas SMK Syahbandar, SM Tunku Kudin dan SM Mahmud. Beliau diiringi oleh Pn Intan Syafinaz selaku GPM SM Sains Tengku Abdullah.

PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT NEGERI DI KEM TENGKU MAHKOTA

Seramai enam ahli Pengakap sekolah telah menyertai 30 Tahun Pengakap Jengka Jambori Pengakap Antarabangsa dan Perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota bersama dengan hampir 2000 peserta lain dari seluruh negeri Pahang dan peserta dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Sepanjang perkhemahan dari 11hb hingga 17hb April perserta telah melalui pelbagai aktiviti yang mencabar.

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada 9hb April 2011 seramai 38 orang Pengawas Pusat Sumber telah menjalani Kursus Pengawas Pusat Sumber yang diadakan di Bilik Gerakan SK Bandar Raub. Majlis penutupan rasmi dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar SKBR)). Tajuan utama kursus diadakan ialah untuk mendedahkan kepada Pengawas PSS tentang peranan dan tugas mereka sebagai Pengawas PSS. Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan kepada 4 bengkel iaitu Bengkel 1: Peranan dan tugas Pengawas PSS oleh En Ishak Hassan (GC GPM), Bengkel 2: Proses bahan Buku oleh Pn Wan Faezah Abd Aziz, Bengkel 3: Proses bahan Bukan Buku oleh Pn Teo Chai Syha dan Bengkel 4: Penjilidan oleh Pn Fadzilahayati Johari. 

KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG 2011

Pada 28hb hingga 31hb Mac seramai dua orang peserta SKBR telah menyertai Karnival Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Pahang 2011 bertempat di SK Leban Chondong, Rompin.  Tn Nur Aqilah Tuan Ismail telah mendapat tempat ke 3 Bercerita Tahap 1 manakala Nur Hafiezah Hairul Sham mendapat saguhati Bercewrita Tahap 2. Guru pengiring peserta ialah Pn Hasmida Ismail dan pn Fadzilahayati Johari.

PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

Pada 27hb hingga 31hb Mac seramai lima peserta TKRS sekolah telah menyertai Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Pahang di Pusat Kokurikulum PPD Raub Kampung Sega. Pelbagai aktiviti telah disertai antaranya ialah kembara, pandu arah, kecergasan fizikal dan hafazan. Nursyazwani telah muncul sebagai johan acara hafazan. Guru pembimbing ialah En Muhd Azri dan Cik Farah.

BOLA SEPAK JOHAN ZON BANDAR RAUB

Pasukan bola sepak telah muncul johan zon Bandar Raub setelah mengalahkan musuh tradisi SK Mahmud dengan jaringan 1 tanpa balas. Gol kemenangan telah dijaringkan oleh Anas pada minit ke 26 hasil gerakan menarik dari tengah padang. Tahinah kepada jurulatih pasukan iaitu Ustaz Sahadan. Pasukan bola sepak sekolah akan mewakili zon ke kepringkat daerah.

PROGRAM AKHBAR DALAM DARJAH BERSAMA PUSAT SUMBER

Ke arah menjana kecemerlangan UPSR guru-guru tahun enam bersama PSS telah melancarkan Program Dalam Akhbar Darjah pada 21hb Mac 2011 di dewan sekolah. Sepanjang program ini berjalan guru-guru tahun enam bersama  seramai 69 orang murid tahun enam akan menggunakan sisipan DIDIK dalam P&P sebagai salah satu medium pengajaran. Program ini telah dilancarkan oleh Pn Juliaros Kamaruddin (GPK Pentadbiran).

PENYERAHAN SIJIL KEAHLIAN ZOOM-A

Dalam usaha mempelbagaikan kaedah bagi meningkatkan keyakinan murid menggapai 5A dalam UPSR, murid-murid Tahun 6 telah digalakkan mendaftar sebagai ahli Zoom-A iaitu Pembelajaran Melalui Internet. Melalui program ini murid-murid dapat mengulangkaji dan membuat latihan secara online menggunakan internet. Program yang dikelolakan oleh PSS ini telah disempurnakan oleh Pn Juliaros Kamaruddin (GPK Pentadbiran) di dewan sekolah pada 21hb Mac 2011. Dalam majlis ini murid-murid yang telah mendaftar telah menerima sijil keahlian yang mengandungi no ID dan password bagi mereka melayari Zoom-A.

MINGGU PPDA

Unit PPDa Sekolah Kebangsaan Bandar Raub telah mengadakan Minggu PPDa 2011 pada 10 Mac hingga 25 Mac 2011. Majlis perasmian telah dilancarkan oleh Pn Norhasimag Mohamed (Guru Besar) pada 21hb Mac. Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan yang melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2. Antaranya ialah pertandingan mewarna poster Anti Dadah Tahap 1, bacaan perutusan, persembahan koir, ceramah, pameran dan tayangan VCD, pendidikan pencegahan dadah , pameran oleh AADK, kuiz,  dan senamrobik.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1UMMAH 1MALAYSIA

Sempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 1Ummah 1Malaysia, Unit Agama Islam telah melancarkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya perarakan, kuiz, pertandingan mewarna, melukis poster, ceramah dan tayangan gambar.

BULETIN SINAR  2010

PROGRAM SOLAT HAJAT, QIAMULLAI DAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN ENAM

Pada 21-22hb Mei 2010 sekolah telah menganjurkan Program Solat Hajat, qiamullai dan kem bestari solat untuk murid tahun enam. Seramai 118 murid tahun enam, ibu bapa dan guru dan kakitangan sekolah telah terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari satu malam ialah sembahyang berjemaah, soalat hajat, bacaan yasin, qiamullai, riadah pagi dan kem bestari solat.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sempena Hari Guru 2010 Unit Sambutan Hari Guru bersama Kelab Guru dan kakitangan telah menganjurkan sambutan Hari Guru pada 17hb Mei 2010 bertempat di dewan dan padang sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah perhimpunan pagi dikuti dengan pembacaan teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh GPK Kokurikulum dan Guru Besar.  Selepas itu dikuti dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia yang disampaikan oleh guru-guru SK Bandar Raub.

Pelbagai acara tambahan telah dilangsungkan antaranya ialah persembahan murid, guru, teka siapa guru ini, acara sukaneka, penyampaian hadiah dan jamuan tengahari.

KURSUS KEJURULATIHAN SIRI 1/2010

Pada 4 Mei hingga 9hb Mei 2010 seramai 21 orang guru pembimbing PBSM daerah Raub telah mengikuti Kursus Kejurulatihan  Siri 1/2010 bertempat di Bilik Gerakan SK Bandar Raub. Pelbagai kemahiran dan ilmu berkaitan PBSM telah disampaikan oleh  Leftenan Kolonel (RC) Tuan Yunazri Tuan Yahya dari SM Kebangsaan Tersang. Majlis penutup dan penyampian sijil telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub

TAKLIMAT PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET

 

24hb April 2010: Sesuai dengan perkembangan ICT, Pusat sumber telah mengadakan taklimat Pembelajaran Interaktif (Zoom-A) pada murid tahun 4 dan 5 di dewan sekolah.  Taklimat telah disampaikan oleh GPM SKBR En Ishak Hassan. Berdasar kan tinjauan lebih separuh dari murid tahun 4 dan 5 mempunyai internet di rumah maka semasa sesi taklimat dijalankan ramai murid berminat untuk mendaftar menjadi ahli Zoom-A. 

GPM SEBAGAI FASILITATOR DI KHIDMAT BANTU PSS SMK (P) METHODIST

   

22hb April 2010: Dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan PSS, Pengetua SMK (P) Methodist telah menjemput PKG Bandar Raub dan GPM SK Bandar Raub memberi khidmat bantu PSS. Cikgu Ishak Hassan telah bertindak sebagai fasilitator dan pegawai PKG Bandar Raub En Zulhisyam telah memberi bimbingan dan bertukar pendapat dengan Pengetua dan GPM SMK (P) Methodist serta guru-gurunya bagaimana cara untuk mempertingkatkan kecemerlangan pss sekolah tersebut.

SYABAS ADIK PUTERI BALQISH SHAHARUDDIN

24hb April 2010:  Bertempat di maktab Perguruan Afzan Kuala Lipis adik Puteri Balqish Shaharuddin dari 5 Kreatif telah merangkul tempat ke 3 Pertandingan Penulisan Kreatif sempena Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri 2010.

SKBR JOHAN OLAHRAGA PPERINGKAT ZON RAUB

 

Tahniah kepada pasukan olahraga sekolah kerana telah muncul menjadi johan peringkat zon Raub. Kejohanan yang telah diadakan di SK Mahmud telah berlangsung dengan hebat. Antara acara yang dimenangi oleh peserta sekolah ialah acara 4x100 m (L) tempat pertama, 4x100 m (P) tempat pertama, 80m lari berpagar (L) tempat pertama, Lompat tinggi tempat ke dua, 100m (L) tempat ke dua dan tiga, Lompat Jauh (L) tempat ke dua dan Lompat Jauh (P) tempat ke dua.

PASUKAN TILAWAH JOHAN PERINGKAT DAERAH

Bertempat di SMK Dong pasukan Tilawah telah muncul Johan Daerah Raub apabila telah memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. Antara pertandingan yang dimenangi ialah Pertandingan Bercerita Nur Fatihah Adnan (Tempat ke 2) dan Tn Muhd Isma Hafizuddin Tn Ismail (Tempat ke 4). Manakala bagi Pertandingan Tilawah temapat ke 2 dirangkul oleh adik Mohd Shafiq Jalaludin.

SPELLING COMPETITION 2010 SCHOOL LEVEL

24hb April 2010: Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Pusat Sumber sekolah telah menganjurkan Program yang melibatkan murid tahap dua. Pemenang Spelling Competition ialah Nur Natasya (5W), Nur Nadiah (5K), Nor Alina Mohd (4K), Amir Amirul (%D), Nurul Najwa (4W) dan Mohd Ikmal Hafiz (4D)

ORIENTASI TAHUN SATU DAN MURID PRASEKOLAH

Sempena dengan sesi persekolahan 2010 satu Majlis Orientasi  Murid tahun Satu dan Murid Prasekolah telah diadakan di dewan sekolah. Majlis yang dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamae Guru Besar SK Bandar Raub telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat oleh pihak pentadbir, guru disiplin, sesi suaikenal, pembayaran yuran dan lawatan ke persekitaran sekolah.

PEMANTAUAN GC GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

25hb Feb 2010: Sekolah Kebangsaan Bandar Raub telah dikunjungi oleh dua orang nazir cawangan Raunb untuk memantau Cikgu Ishak Hassan (Guru Perpustakaan dan Media) bagi tujuan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media. Selaku ketua nazir cawangan Raun En Leong Kai San dan En Wan Abd Wan Mahmood telah mengadakan pemantauan dari aspek pengajaran dan pemantauan dan pengurusan pusat sumber serta rekod pencapaian pusat sumber.

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER

 

27hb Mac 2010 (Sabtu) :S eramai  24 orang Pengawas Pusat Sumber telah menghadiri kursus Pengawas Pusat Sumber yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Cikgu Ishak Hassan (Guru Perpustakaan dan Media) dan dibantu oleh AJK Kerja PSS ( Cikgu Azri, Ustaz Shariffudin, Cikgu Nor Yuraiza, Cikgu Shamsiah, Cikgu Fara Fadzleen , Cikgu Shamsiah dan Cikgu Fadzilahayati) telah berlangsung dari jam 7.45 pagi hingga 1.00 petang.

Para peserta telah didedahkan kepada empat sesi bengkel iaitu Bengkel 1: Peranan dan tugas Pengawas PSS, Bengkel 2: Memperoses Bahan Buku dan bukan buku, Bengkel 3: Sistem Automasi (Pustakawan) dan Bengkel 4: Penjilidan . Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub diikuti dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar.

KURSUS PENGURUSAN  JENAZAH

 

3hb April 2010 (Sabtu):  Guru-guru dan AJK PIBG SK Bandar Raub telah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah di dewan sekolah. Kursus yang dikendalikan oleh Unit LDP mendapat sokongan dari Pejabat Agama Islam Raub. Antara pegawai agama yang terlibat dalam memberi kursus secara teori dan praktikal ialah Ustaz Khairul Amran Abd Jalil dan Ustaz Ridzuan.Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari telah meninggalkan kesan yang mendalam  kepada guru-guru dan ajk pibg.

SUKAN TAHUNAN SK BANDAR RAUB

   

7hb Mac 2010 (Ahad): Sukan Tahunan telah diadakan di padang SMJK Chung Ching yang telah dirasmikan oleh YB Dato Sahiruddin  Moin Ahli Dewan Undangan Negeri Dong . Dalam ucapan perasmiannya beliau memuji semua warga SKBR kerana telah berjaya mengadakan sukan tahunan yang nampak gilang gemilang. Diakhir ucapannya beliau telah meluluskan sebanyak RM3000 kepada sekolah.

Diahir temasya sukan Rumah telah muncul sebagai  Johan Rumah Sukan. Gelaran Olahragawan telah disandang oleh manakala Olahragawati telah dirangkul oleh

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

   

5hb Mac 2010: Sempena Sambutan Maulidur Rasul Unit Bulan Kebesaran Islam telah menganjurkan aktiviti yang menarik seperti perarakan sepanduk dari dataran kejat hingga ke padang sekolah. Di samping itu juga dianjurkan pertandingan azan dan iqamah serta tilawah. Pemenang Sepanduk terbaik dimenangi oleh Kelas 3 Wibawa bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2 dimenangi oleh Kelas Pendidikan Khas.

PEMANTAUAN GC GPM

25hb Feb 2010: Sekolah telah dikunjungi oleh 2 orang nazir cawangan Raub untuk memantau Guru Perpustakaan dan Media Cikgu Ishak Hassan bagi permohonan beliau untuk Guru cemerlang GPM. Nazir yang diketuai oleh En Leong Kai San selaku Ketua Nazir Cawangan Raub dan En Wan Abd Wan Mahmood telah memantau dari aspek P&P dan Pengurusan Pusat Sumber.

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS KECEMERLANGAN SEKOLAH

   

24hb Januari 2010 (Ahad): Bertempat di dewan sekolah telah berlangsuang dua majlis serentak iaitu Mesyauarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang SK bandar Raub.  Majlis yang telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohidin Ibrahim (Pembantu Khas Ahli Parlimen Raub) telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena kedua-dua majlis antaranya ialah  pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2010/2011 disamping cabutan nombor bertuah kepada ahli PIBG yang hadir. Manakala dalam  Majlis Hari Anugerah antara aktiviti yang dijalankan ialah ucapan Guru Besar Pn Norhasimah Mohamed, ucapan perasmian oleh Tn Hj Mohidin Ibrahim, persembahan koir, persembahan tarian, penyampaian hadiah ( Pendidikan Khas, Top Ten Tahap 1, Galakan Tahap 1, Top Ten Tahap 2, Galakan Tahap 2, Matapelajaran Terbaik, Hadiah Cemerlangan UPSR 2009, Hadiah Kedatangan Penuh, Tokoh NILAM dan Tokoh Murid 2009) , persembahan action song, mendeklamsikan sajak dan persembahan dikir barat.

Tokoh NILAM 2009 telah dirangkul oleh adik Siti Nur Fatihah Adnan ( 5 Kreatif) dan Tokoh Murid digenggam oleh adik Abdul Rahim Bahtiar ( 6 Target).

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Meneruskan tradisi sejak 2004, sempena dengan Pelancaran Kempen Membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah, seramai 82 orang murid Tahun 1  telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia. Tujuan utama program ini adalah bagi menggalakan minat membaca di kalangan murid serta mengembangkan budaya ilmu di kalangan murid. Kad-kad keahlian PNM telah disampaikan oleh Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar SK Bandar Raub) kepada guru kelas tahun 1 pada 19hb April 2010 di perhimpunan pagi Isnin.

PELANCARAN LAMAN WEB  PSS

 

14 April 2010: Selari dengan dunia IT dan menuju ke arah PSS Digital satu majlis pelancaran laman web PSS telah diadakan di Bilik Gerakan jam 1.10 petang.  Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Laman Web PSS boleh dilayari di alamat http://skbr-pss.zoom-a.com

BENGKEL MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

 

17HB APRIL 2010: Seramai 335 murid Tahun 4, 5 dan 6 telah terlibat dalam bengkel motivasi dan Teknik Menjawab soalan Matematik yang telah berlangsung di dewan sekolah. Ceramah yang telah disampaikan oleh Guru Cemerlang Matematik dari Sekolah  Kebangsaan  Teluk Panglima Garang, Tanjung Karang En Saiful Anuar Hj Basran telah memberikan kesedaran dan ilmu yang amat berguna kepada para peserta bagi memantapkan jasmani dan rohani dalam menghadapai persekitaran dan menjawab soalan peperiksaan.

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK ULU GALI

29hb Januari 2010 (Jumaat): Tepat jam 3.00 petang semua guru SK Bandar Raub yang diketuai oleh  Pn Norhasimah Mohamed (Guru Besar)  telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Ulu Gali. Rombongan yang disambut oleh pihak pentadbir SK Ulu Gali telah dibawa melawat bilik-bilik kurikulum dan sudut-sudut ilmu disamping diberi penerangan oleh Guru Besar SK Ulu Gali mengenai perkembangan SK Ulu Gali.

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: