skbr-pss.zoom-a.com

PORTAL RASMI
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB
E-mel : skbr-pss@zoom-a.com      Tel: 09-3551585    Fax: 09-3556761
| LAMAN UTAMA | SERACIK PINANG GURU BESAR | SEKAPUR SIRIH GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN & MEDIA | KECEMERLANGAN PSS | PENCAPAIAN PENARAFAN PSS BERDASARKAN IQ-PSS | AJK PSS | PENGAWAS PSS | PUSAT SUMBER | TAKWIM PSS | REKOD BACAAN GURU (PENCAPAIAN) | PENCAPAIAN NILAM | TOKOH NILAM | AKTIVITI BERGAMBAR PSS | BULETIN SINAR ON-LINE | KOLEKSI BUKU BARU | SUDUT KURIKULUM | SUDUT ILMU | PAUTAN | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | BUKU PELAWAT |




Alhamdulillah sepanjang dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media sejak tahun 2004 berkat kerjasama semua pihak iaitu barisan pentadbir, AJK Kerja PSS, Panitia, Guru-guru, PIBG, Agensi Kerajaan dan swasta serta murid-murid Pusat sumber telah merangkul beberapa anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan pusat sumber sekolah.

Antara kejayaan yang diraih ialah Anugerah Pusat Sumber Harapan Ng Pahang (2004), Anugerah Pusat Sumber Potensi Ng Pahang (2005), Johan Pusat Sumber Cemerlang Ng Pahang (2007), mewakili Ng Pahang ke Peringkat Kebangsaan (2008) dan meraih tempat Ke Tiga Ng Pahang (2009).

Syukur Alhamdulillah berkat kerja tanpa jemu dan penat, detik sebelum cuti akhir persekolahan 2010 saya telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Guru Perpustakaan dan Media. Terima kasih kepada semua yang sama-sama turut bekerja bersama saya dalam membangun dan meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sejak tahun 1998 hingga sekarang iaitu sejak saya menjadi Penyelaras PSS di SK LKTP Sungai Koyan (kejayaan diraih Johan PSS Cemerlang Ng Pahang Kategori Luar Bandar bagi tahun 2000 dan 2001 serta mewakili Ng Pahang ke peringkat kebangsaan pada 2002).

Walaupun telah meraih kejayaan dan kecemerlangan di peringkat negeri, PSS terus berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dari pengurusan atau perkhidmatan demi memberi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna PSS yang terdiri dari murid, guru dan staf sokongan sekolah ini.

Kunjungan rakan-rakan GPM daerah Raub ke PS Sk Bandar bagi menimba ilmu dan bertukar fikiran menjadikan PSS sekolah ini sebagai 'pusat rujukan" bagi GPM membangunkan PSS masing-masing. Muncul PS SK Ulu Gali sebagai Johan PSS Cemerlang pada 2009 dan penubuhan Persatuan Guru Perpustakaan dan Media membuktikan bahawa PSS daerah Raub berada dalam landasan yang cemerlang.

Berdasarkan keputusan 2012 ternyata hasil usaha Persatuan Guru Media dan Perpustakaan, PKG Daerah dan PPD Raub telah berjaya mencapai KPI yang disasarkan di mana tiada lagi PSS yang mendapat 2 BINTANG ke bawah. Ternyata sasaran 3 BINTANG dan keatas mencapai target. Tahniah kepada semua GPM Daerah Raub. 10 PSS yang mendapat 5 BINTANG amat membanggakan daerah Raub.

Pengiktirafan LIMA BINTANG dalam IQ-pss pada 2010, 2011 dan 2012 dan julung kali PSS mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan NILAM bersama PIBG serta kejayaan Adik Nurmaisara Amira mendapat tempat kelima Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2012 membuktikan PSS terus mengekalkan kecemerlangan setiap tahun.

Kejayaan adik Muhammad Alif Haikal Rosli (tempat ketiga Anugerah Tokoh Nilam Ng Pahang 2014 kategori BM dan Muhammad Aimie Hafizie Ezani (saguhati keempat Anugerah Tokoh Nilan Ng Pahang kategori BI 2014) amat membanggakan.

2014 menjadi bertambah berat apabila diamanahkan oleh Guru Besar menjadi Penyelaras Makmal Komputer dan Pusat Akses. Alhamdulillah dengan sokongan guru-guru Makmal Komputer telah merangkul Anugerah Makmal Komputer Cemerlang Ng Pahang 2014 dan Pusat Akses merangkul Naib Johan Pusat Akses Cemerlang Ng Pahang 2014 (menjadi Johan pada 2011 & 2013) manakala Pusat Sumber meraih saguhati keempat Anugerah PSS Cemerlang Ng Pahang 2014.

Ishak Hassan ( Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media)

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: